Terbukti DAP Peralat Tun M Sebagai Kuda Tunggangan Mereka

Seperti sudah dirancang DAP dari awal dan sekarang ternyata sikap berdiam diri Kepimpinan Tertinggi Parti DAP termasuklah Pengerusi DAP Lim Kit Siang seakan merestui tindakan terlalu biadap dan keceluparan calon PKR Parlimen Teluk Intan, Nga Kor Ming.

Jelas beliau yang merupakan calon BN DUN Suka Menanti, setiap tindakan kepimpinan DAP itu seolah-olah mencerminkan niat sebenar mereka bahawa Tun Dr. Mahahtir Mohamad hanyalah sekadar dijadikan ‘Kuda’ tunggangan mereka untuk meraih undi Melayu.

Kita boleh memperlihatkan bagaimana Nga Kor Ming berterusan bersikap celupar dan biadap apabila secara terbuka mengata pemimpin seperti Dr. Mahathir yang dibawa dalam gabungan pembangkang PKR diramal mati selepas berjaya menumbangkan BN.

Makna kata dia tidak menghormati dan DAP hanya mahu mempergunakan Dr. Mahathir. Sepatutnya rakyat kena tamatkan kuasa, masa depan dan jangan bagi ruang kepada orang yang biadap dan celupar macam ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas memgenai ucapan Kor Ming dalam ceramahnya yang menyifatkan Dr. Mahathir menangguh kematian kerana mempunyai tugas penting untuk diselesaikan iaitu mengalahkan BN dan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Rakyat di negara ini perlu bijak menilai kerana DAP hanya meletakkan Dr. Mahathir di barisan hadapan demi mencapai matlamat untuk mengambil alih pemerintahan negara. Jelas DAP hanya pergunakan Dr. Mahathir demi kepentingan mereka, jadi rakyat di mana-mana pun jangan menyokong PKR yang di belakangnya adalah DAP… memberi undi kepada PKR bermakna telah mengundi DAP!

Jangan membuat kesilapan, DAP bijak pergunakan  Dr. Mahathir di depan sebagai alat tapi pada masa sama, mereka bersikap terlalu biadap dan celupar apabila mengatakan Dr. Mahathir akan mengikut jejak Lee Kuan Yew selepas impian mereka mengalahkan BN menjadi kenyataan.

@Utusan Online
#BersamaBN
#RakyatDidahulukan
#MuafakatKedah

Leave a comment