Keangkuhan Mukhriz Melenyapkan Sifat Berbudi Bahasa

Menyifatkan calon parti PKR bagi Kerusi Parlimen Jerlun dan DUN Jitra, Datuk Seri Mukhriz Mahathir terlalu angkuh sehingga berubah 360 darjah daripada seorang yang berbudi bahasa bertukar watak kepada individu yang suka mencerca dan menghina peribadi orang akibat dari kemaruk mahu mengejar cita-cita sebagai Perdana Menteri!

Perubahan ini langsung tidak menunjukkan beliau mahu berkhidmat kepada rakyat selain dari agenda perjuangan peribadi beliau dan Mahathir sahaja.

Kritikan yang bersifat menghina ditujukan kepada beliau secara tidak langsung menunjukkan Pakatan Harapan sudah tidak mempunyai isu untuk mencari kesalahan pemimpin BN Kedah.

Rakyat sudah sedar yang Pakatan Pembangkang hanya tahu mencerca dari menunjukkan bukti mereka boleh berkhidmat kepada rakyat.

Mukhriz ternyata sudah terlalu jauh berubah 360 darjah, beliau kini perlu menari mengikut lagu atau rentak yang dimainkan pembangkang terutamanya DAP, apabila berada bersama pembangkang hilang budi bahasanya tidak lagi seperti yang saya kenali sebelum ini.

Jika dia nak kata saya lena atau tidur ketika itu, mungkin masa itu saya hanya terpejam mata, kenapa dia tidak tengok dulu bapanya, Dr Mahathir Mohamad yang tidur di atas pentas, bekas perdana menteri tu sudah tua tetapi dipaksa ikut dan jadi boneka DAP.

Sekarang Mukhriz pun sudah buat pusingan seperti bapanya, mereka sudah kehabisan idea. Saya sudah lama dalam politik, sebagai pemimpin saya sudah melakukan tugas dengan baik untuk rakyat dan rakyat sendiri sudah bijak menilai.

Mukhriz ketika berucap di hadapan penyokong gabungan pembangkang PKR yang rata-ratanya masyarakat Cina di Sekolah Menengah Keat Hwa (Persendirian) tempohari dengan angkuh mengajak pengundi untuk menyelamatkan Kedah daripada insan yang bernama Ahmad Bashah yang didakwa sebagai individu yang suka lena.

Menasihatkan rakyat supaya tidak tertipu dengan pembangkang terutamanya DAP yang menjadi tangan ghaib dalam pembangkang.Tangan ghaib itu sangat bahaya kepada rakyat yang boleh memusnahkan masyarakat terutamanya orang Melayu .

Dr Mahathir, Mukhriz dan Muhyiddin Yassin hanyalah simbol bagi DAP, mereka sanggup buang lambang roket dan guna logo PKR kerana mahu mengelirukan orang Melayu.

Parti Cauvinist DAP ini parti Rasis, sekarang mereka kena ikut cakap Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Dr Wan Azizah Wan Ismail. Apabila memang nanti, DAP lah yang akan mengambil alih, jadi lebih baik rakyat jangan membuat kesilapan pada Pilihan Raya Umum -14 (PRU-14) ini!

Yakin rakyat negeri Kedah bijak dan tidak akan terpengaruh dengan adu domba dan janji-janji palsu Pakatan Pembangkang yang ditunjangi parti Cauvinist DAP. Kita perlu tolak agenda-agenda yang akan merugikan masa depan anak-anak bangsa Kedah!

Kerajaan Barisan Nasional tetap akan menjaga kebajikan dan kemajuan rakyat. InsyaAllah.

Sumber Berita: BH Online

#BersamaBN
#RakyatDidahulukan
#MenerusKemajuanMenzahirImpian
#MuafakatKedah

Leave a comment