Manifesto PH Kedah Sekadar Berjanji Untuk Raih Undi

Tawaran Pakatan Harapan (PH) Kedah untuk melunaskan janji-janji dibuat dalam masa 100 hari seperti terkandung dalam Manifesto Harapan Negeri Kedah untuk Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) tidak boleh dipercayai kerana tidak mampu dilaksanakan dalam tempoh yang singkat.

Janji-janji itu hanya momokan ketika tempoh berkempen dan sekiranya dipilih, ia hanya akan tinggal janji dan nasib rakyat Kedah akan terus diabaikan.

“Itu memanglah bila berkempen, dia akan janji macam-macam kerana dia nak dapat kuasa, masa dia (Datuk Seri Mukhriz Mahathir) jadi Menteri Besar dalam masa dua tahun setengah saya tengok tidak apa dia lakukan.

“Ini tidak lain tidak bukan hanya janji untuk meraih sokongan rakyat untuk mendapat undi pada 9 Mei ini dan rakyat patut sedar perkara itu”.

Sebelum ini, PH Kedah dalam manifestonya berjanji untuk menyelesaikan masalah dalam masa 100 hari seperti gangguan bekalan air, menyediakan sumbangan khairat kematian dan menilai semula penglibatan ahli politik dalam Persatuan Bola Sepak Kedah, selain menubuhkan tabung penyakit kronik, pusat dialisis serta tabung khas wanita.

Mengulas lanjut, beliau yang merupakan penyandang kerusi DUN Suka Menanti (nama lama Bakar Bata), berkata pengundi tidak seharusnya ditipu terutama di Parlimen Jerlun dan DUN Jitra di mana Mukhriz dicalonkan kerana janji-janji itu mustahil untuk dilaksanakan.

“Percayalah, selepas itu depa (pembangkang) akan hilang dan tak akan buat apa yang dijanjikan, depa akan bagi macam-macam alasan seperti berlaku di Pulau Pinang dan Selangor selepas pembangkang mengambil alih kerajaan negeri”.

Dalam tempoh 100 hari, mana-mana pemimpin kerajaan pun hanya mampu membuat perancangan dan belum tentu boleh menjayakannya, terutama melibatkan projek-projek berskala besar.

Tegas beliau, Mukhriz juga sering berada di Kuala Lumpur sebelum ini, sehingga menyukarkan rakyat bertemu dan menyuarakan masalah dihadapi mereka.

Dalam pada itu, beliau menggesa calon-calon BN agar melipatgandakan usaha untuk mendekati rakyat sebanyak mungkin bagi mendengar permasalahan dan keluhan mereka untuk diselesaikan di kawasan masing-masing.

“Mereka juga perlu menyatakan komitmen dan membuat janji untuk dilaksanakan jika dipilih menjadi wakil rakyat…rakyat tidak perlu bimbang kerana BN parti yang terbukti mengotakan janji untuk kesejahteraan rakyat”.

#BersamaBN
#RakyatDidahulukan
#MenerusKemajuanMenzahirImpian
#MuafakatKedah

Leave a comment