BN Tetap Pilihan Rakyat Langkawi

Beliau menjangkakan rakyat iaitu pengundi di tanah lagenda Mahsuri bijak memilih pemimpin yang terbaik untuk membangunkan Langkawi dan tidak akan memilih Dr Mahathir bagi mewakili mereka kerana gabungan Pakatan Harapan itu dibayangi Parti DAP.

Terdahulu beliau diminta mengulas ramalan bekas menteri kewangan, Daim Zainuddin yang yakin Dr Mahathir mampu menang di Parlimen Langkawi.

“Itu dia kata (Daim), kita kata kita akan menang. Ini biasa dalam PRU, pihak pembangkang akan meyakinkan pekerja-pekerja dia, kalau tak macam mana dia nak buat kerja?”….

Mengenai nasib BN di Langkawi, jelas beliau hal berkenaan diserahkan kepada pilihan pengundi di pulau peranginan yang terkenal itu.

Dari segi pengalaman, kita yakin Langkawi ni dikekalkan, tiga-tiga kawasan Parlimen dan DUN itu kita akan pastikan.

Lagi pula pengundi di Langkawi tahu itu masa depan dan hanya BN sahaja boleh bawa Kemajuan kepada mereka.

“Perlu kerajaan yang sama di negeri dan persekutuan”.

Megulas lanjut, beliau yang juga menteri besar sementara Kedah turut menolak tanggapan pihak tertentu bahawa aura Dr Mahathir masih kuat di Langkawi.

Ya, itu dulu kerana dia dulu Perdana Menteri. Sekarang dia pembangkang. Orang Langkawi tak bagi sokongan kerana di belakang dia DAP!.

Secara keseluruhan gerak kerja kempen BN di Kedah bagi menghadapi PRU ke-14 pada 9 Mei ini adalah memuaskan.

Langkawi merupakan kerusi panas, apabila menyaksikan bekas Perdana Menteri itu terjun ke gelanggang semula selepas bersara pada 2003.

Berdepan pertandingan tiga penjuru di Langkawi apabila Dr Mahathir cuba mengetepikan penyandang dari BN Datuk Nawawi Ahmad, dan PAS pula meletakkan Zubir Ahmad.

#BersamaBN
#MuafakatKedah

Leave a comment