CALON BARISAN NASIONAL KEDAH BAGI PRU14

Barisan Nasional Kedah menampilkan 14 muka baharu bagi DUN dan 3 Parlimen pada PRU14 kali ini yang diumumkan dalam majlis memperkenalkan calon di Seri Mentaloon. Bagi kerusi Parlimen pula, tiga muka baharu ialah Dato’ Shahanim Mohamad Yusoff merangkap Timbalan Ketua UMNO Bahagian Sungai Petani.

Dua lagi calon muka baharu bagi Parlimen ialah Pokok Sena iaitu Ketua UMNO Bahagian Pokok Sena, Dato’ Said Ali Said Rastan dan bekas Ahli Dewan Negara, Dato’ Yoo Wei How yang juga Setiausaha MCA Pusat di Alor Setar. Mereka adalah antara 15 calon BN bagi keseluruhan kerusi Parlimen di Kedah.

Tiga penyandang kerusi BN yang digugurkan ialah Prof Dr Ismail Daut iaitu penyandang di Parlimen Merbok, penyandang DUN Bayu yang juga Timbalan Speaker DUN Kedah, Dato’ Azmi Che Hussin serta penyandang DUN Bukit Lada, Dato’ Ahmad Lebai Sudin.

Sembilan Penyandang Kerusi Parlimen di Kedah yang dikekalkan adalah Dato’ Nawawi Ahmad-Langkawi, Dato’ Othman Aziz-Jerlun, Dato’ Seri Mohd Johari Baharum-Kubang Pasu, Datuk Seri Mahdzir Khalid-Padang Terap, Datuk Othman Abdul-Pendang, Dato’ Seri Jamil Khir Baharom-Jerai, Dr Mansor Abd Rahman-Sik, Dato’ Seri Abdul Azeez Abdul Rahim-Baling dan Dato’ Abdul Aziz Sheikh Fadzir-Kulim-Bandar Baharu.

Dua EXCO kerajaan negeri bertukar daripada DUN masing-masing untuk bertanding di kerusi Parlimen iaitu Dato’ Tajul Urus Mat Zain-DUN Tanjung Dawai ke Parlimen Merbok dan Datuk Dr Leong Yong Kong-dari DUN Gurun ke Parlimen Padang Serai. Manakala Dato’ Abdullah Hasnan Kamaruddin membuat penampilan semula dengan bertanding di Parlimen Kuala Kedah.

BN Kedah kali ini turut mempertaruhkan 14 muka baharu daripada  36 Kerusi DUN, dalam misi mempertahankan kemenangan pada PRU13 selepas merampas semula Kedah daripada PAS pada PRU-13.

Ahli Jawatankuasa (AJK) UMNO Bahagian Pokok Sena, Dr Mohammad Nawar Ariffin bagi kerusi DUN Bukit Pinang dan Ketua Pemuda UMNO Baling, Mohamed Noor Mohamed Amin, bagi kerusi DUN Bayu Antara calon muda dalam kalangan muka baharu termasuk juga Ketua Wanita UMNO Bahagian Jerai, Datuk Norma Awang muncul sebagai satu-satunya muka baharu bagi wanita dan dicalonkan untuk bertanding di kerusi DUN Sungai Limau.

Sebelas lagi muka baharu DUN ialah Tan Eng Hwa-Kota Darulaman, Abdul Malik Saad-Alor Mengkudu, Johari Aziz-Anak Bukit, Ahmad Fatahi Omar-Tokai, Datuk Jaspal Singh-Bukit Selambau, Annuar Ahmad-Tanjung Dawai, Ko Hung Weng-Bakar Arang, Tan Kok Seang-Sidam, Asmadi Abu Talib-Merbau Pulas, M.Thuraisingam-Lunas, dan Ahmad Azhar Abdullah-Kota Siputeh.

Lapan EXCO Kedah dicalonkan semula untuk mempertahan kerusi DUN, diketuai oleh beliau sendiri-Suka Menanti – sebelum ini Bakar Bata, Dato’ Mohd Rawi Abd Hamid-Ayer Hangat, Dato’ Aminuddin Omar-Jitra, Dato’ Badrol Hisham Hashim-Kuala Nerang, Dato’ Suraya Yaacob-Sungai Tiang, Dato’ Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail-Guar Chempedak, Dato’ Tajuddin Abdullah-Belantek dan Dato’ Norsabrina Mohd Noor-Bandar Baharu.

Penyandang kerusi DUN BN pada PRU-13 yang dicalonkan semula untuk mempertahankan kerusi mereka adalah Nor Saidi Nanyan-Kuah, Dato’ Ahmad Zaini Japar-Bukit Kayu Hitam, Kama Noriah Ibrahim-Pedu, Mahathir Abd Hamid-Jeneri, Dato’ Ali Yahaya-Pantai Merdeka, Dato’ Harun Aziz-Kupang dan Chua Tiong Ghee-Kulim.

Mantan wakil rakyat dan calon yang pernah bertanding dalam pilihan raya umum sebelum PRU-13 yang dicalonkan semula adalah Dato’ Abdul Muthalib Harun-DUN Kubang Rotan, Dato’ Arifin Man-Bukit Lada, Dr Cheah Soon Hai-Derga, Mohd Khairul Azhar Abdullah-Kuala Ketil, Dato’ Abdul Halim Said-Pengkalan Kundor dan Dato’ Boey Chin Gan-Gurun.- Sumber dari BH Online.

Senarai penuh bergambar calon Barisan Nasional Kedah bagi 15 kerusi Parlimen dan 36 kerusi DUN  bagi PRU14 pada 9 Mei 2018 :

P004 Parlimen Langkawi
Dato’ Ir Nawawi Ahmad – UMNO

N01 DUN Ayer Hangat
Dato’ Mohd Rawi Abd Hamid – UMNO

N02 DUN Kuah
Nor Saidi Nanyan – UMNO

P005 Parlimen Jerlun
Dato’ Othman Aziz – UMNO

N03 DUN Kota Siputeh
Ahmad Azhar Abdullah – UMNO

N04 DUN Ayer Hitam
Dato’ Abu Hasan Sarif – UMNO

P006 Parlimen Kubang Pasu
Dato’ Seri Mohd Johari Baharum – UMNO

N05 DUN Bukit Kayu Hitam
Dato’ Ahmad Zaini Japar – UMNO

N06 DUN Jitra
Dato’ Aminuddin Omar – UMNO

P007 Parlimen Padang Terap
Dato’ Seri Mahawangsa Mahdzir Khalid – UMNO

N07 DUN Kuala Nerang
Dato’ Badrol Hisham Hashim – UMNO

N08 DUN Pedu
Puan Kama Noriah Ibrahim – UMNO

P008 Parlimen Pokok Sena
Dato’ Said Ali Syed Rastan – UMNO

N09 DUN Bukit Lada
Dato’ Ariffin Man – UMNO

N10 DUN Bukit Pinang
Dr Muhammad Nawar Ariffin -UMNO

N11 DUN Derga
Dato’ Dr Cheah Soon Hai – Gerakan

P009 Parlimen Alor Setar
Dato’ Yoo Wei How – MCA

N12 DUN Suka Menanti (Bakar Bata)
Dato’ Seri DiRaja Ahmad Bashah Md Hanipah – UMNO

N13 DUN Kota Darul Aman
Tan Eng Hwa – MCA

N14 DUN Alor Mengkudu
Abdul Malik Saad – UMNO

P010 Parlimen Kuala Kedah
Dato’ Wira Abdullah Hasnan Kamaruddin – UMNO

N15 DUN Anak Bukit
Johari Aziz -UMNO

N16 DUN Kubang Rotan
Dato’ Abdul Muthalib Harun – UMNO

N17 DUN Pengkalan Kundor
Dato’ Abdul Halim Said – UMNO

P011 Parlimen Pendang
Dato’ Wira Othman Abdul – UMNO

N18 DUN Tokai
Ahmad Fatahi Omar – UMNO

N19 DUN Sungai Tiang
Dato’ Suraya Yaacob -UMNO

P012 Parlimen Jerai
Dato’ Seri Jamil Khir Baharom – UMNO

N20 DUN Sungai Limau
Dato’ Norma Awang – UMNO

N21 DUN Guar Chempedak
Dato’ Dr Ku Abdul Rahman Ku Ismail – UMNO

N22 DUN Gurun
Dato’ Boey Chin Gan – MCA

P013 Parlimen Sik
Dr Mansor Abd Rahman – UMNO

N23 DUN Belantek
Dato’ Mohd Tajuddin Abdullah – UMNO

N24 DUN Jeneri
Mahadzir Abdul Hamid – UMNO

P014 Parlimen Merbok
Dato’ Tajul Urus Mat Zain – UMNO

N25 DUN Bukit Selambau
Dato’ Jaspal Singh – MIC

N26 DUN Tanjung Dawai
Annuar Ahmad – UMNO

P015 Parlimen Sungai Petani
Dato’ Shahanim Mohd Yusoff – UMNO

N27 DUN Pantai Merdeka
Dato’ Ali Yahaya – UMNO

N28 DUN Bakar Arang
Ko Hung Weng – MCA

N29 DUN Sidam
Tan Kok Seong – Gerakan

P016 Parlimen Baling
Dato’ Seri Abdul Azeez Abdul Rahim – UMNO

N30 DUN Bayu
Mohamed Noor Mohamed Amin – UMNO

N31 DUN Kupang
Dato’ Harun Abdul Aziz – UMNO

N32 DUN Kuala Ketil
Mohd Khairul Azhar Abdullah – UMNO

P017 Parlimen Padang Serai
Dato’ Dr Leong Yong Kong – MCA

N33 DUN Merbau Pulas
Dato’ Asmadi Abu Talib – UMNO

N34 DUN Lunas
M. Thuraisingam – MIC

P018 Parlimen Kulim-Bandar Baharu
Dato’ Abd Aziz Syeikh Fadzir – UMNO

N35 DUN Kulim
Chua Thiong Gee – MCA

N36 DUN Bandar Baharu
Dato’ Norsabrina Mohd Noor – UMNO

#BersamaBN
#MenerusKemajuanMenzahirImpian
#MuafakatKedah

Leave a comment