Manifesto BN Kedah – Menerus Kemajuan Menzahir Impian

MANIFESTO BARISAN NASIONAL KEDAH
Menerus Kemajuan Menzahir Impian

Antara Intipati Penting :

1. Special Border Economic Zone, Bukit Kayu Hitam – bakal menjana nilai pembangunan dan pelaburan berjumlah RM50 bilion dan akan mewujudkan 50,000 peluang pekerjaan dalam tempoh 15 tahun.

2. Pembinaan Jeniang Transfer bernilai RM960 juta bagi membolehkan tanaman padi dua kali setahun diluar kawasan MADA melibatkan 18,000 petani dan keluasan 39 ribu hektar.

3. Membina kompleks Pekan Rabu baharu bernilai RM36.9 juta.

4. Insentif Kelahiran Anak RM150 bagi setiap kelahiran bayi.

5. Geran tahunan bagi warga emas, OKU, anak yatim tanpa mengira bangsa dan kemudahan diskaun bagi perbelanjaan di kedai dan pasar mini terpilih serta kad insentif pengangkutan awam, KEDAH TRANS LINK.

6. Penghargaan dalam bentuk sumbangan khas kepada tokoh dari pasukan penguatkuasa undang-undang dan badan beruniform yang berjasa kepada negeri dan masyarakat di Kedah.

7. Kedai Barakah Kedah akan diwujudkan di setiap kawasan DUN, menawarkan produk kering dan basah keluaran tempatan pada kadar harga kos minima dengan dikawal selia oleh KEDAH AGRO.

8. Insentif khas RM600 untuk 69,087 pesawah sementara menunggu hasil tuaian dan peruntukan RM45 juta untuk Bantuan Musim Tengkujuh bagi 75,000 pekebun kecil getah.

9. Skim biaya Kesihatan Petani Kedah dengan pemberian kupon perubatan tahunan bernilai RM200.

10. Menambah perumahan PPR sebanyak 18,000 unit di seluruh negeri Kedah.

11. Membangun serta membina 5 buah kawasan perumahan kos rendah yang baharu terbuka kepada kaum berasaskan ratio di Suka Menanti, Tanah Merah, Sungai Petani, Kulim dan Pokok Sena.

12. Pembinaan Pusat Rawatan Kanser bernilai RM500 juta di Sungai Petani.

13. Klinik 1Malaysia di setiap pekan, daerah dan Parlimen, akan diperluaskan di peringkat taman perumahan yang padat dan juga di setiap kawasan DUN.

14. Membina Terminal Jeti Kuala Kedah dengan kos RM208 juta.

15. Mewujudkan Geo Park Jerai – satu tarikan pelancongan berkonsepkan kembara alam semulajadi melibatkan daerah Kuala Muda dan daerah Yan..

16. Menyediakan geran khas bagi pembukaan inap desa baru berasaskan binaan tradisi masyarakat Kedah.

17. Biasiswa dan bayaran balik penuh ditanggung kerajaan negeri bagi pelajar anak Kedah yang memperoleh Ijazah Kelas Pertama di IPTA dan IPTS.

18. Mewujudkan 5 MRSM Ulul Albab dan 3 Maahad Tafiz Sains Kedah di kawasan Parlimen terpilih.

19. Skim Tuisyen Barakah dikembangkan untuk 2000 pelajar dengan pembiayaan lebih RM500 ribu ringgit.

20. Membina kompleks Pentadbiran Agama Islam dan Mahkamah Syariah Negeri Kedah.

21. Pemberian dana pengurusan sebanyak RM2000 sebulan kepada 11 buah pondok dibawah naungan Yayasan Pembangunan Pondok 1Malaysia.

22. Seluruh masjid di Daerah Baling dan Sik akan dijadikan Pusat Agihan Makanan untuk fakir miskin, asnaf dan golongan memerlukan.

23. Membina Stadium Bola Sepak baru dan Kompleks Sukan Rakyat di setiap daerah.

24. 10,000 peluang kerja dalam tempoh 3 tahun untuk industri dan pelaburan berkaitan yang beroperasi di Kedah.

25. Pembukaan 4 tapak khas bagi “Food Truck” di Jitra, Sungai Petani, Kulim dan Alor Setar.

Undilah Barisan Nasional!!!

#BN #BetterNation #Vote4BN #HebatkanNegaraku

Leave a comment