Infografik Manifesto

Infografik Manifesto BN Kedah PRU14 – Menerus Kemajuan Menzahir Impian

Manifesto BN Kedah meyakini rakyat dalam Pilihanraya Umum Ke 14 (PRU14) dalam meneruskan agenda pembangunan yang tersusun, seimbang, realistik, inklusif dan mampu dilaksanakan kepada rakyat negeri ini yang ditawarkan dalam Manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) menerusi tujuh kluster utama.

Tujuh Kluster Utama Manifesto BN Kedah PRU14 :

1 – Kluster kesejahteraan Hidup Rakyat.

2 – Kluster Berimpak Tinggi.

3 – Kluster Jaringan Perhubungan Darat.

4 – Kluster Infra dan Utiliti.

5 – Kluster Agama dan Modal Insan.

6 – Kluster Masyarakat Berbilang Kaum.

7 – Kluster Belia dan Anak Muda.

Infografik Manifesto BN Kedah PRU14

 

Empat Belas Intipati Manifesto BN Kedah PRU14 :

1. Mewujudkan 5 MRSM Ulul Albab dan 3 Maahad Tafiz Sains Kedah

2. Bantuan kemasukan ke IPTA RM250-RM350

3. Menaja 150 orang pelajar baru bagi melanjutkan pelajaran di UNISHAMS bagi 8 program terpilih

4. Melupus Lesen Penjaja dan Peniaga Kecil

5. Menyediakan Skim Insuran berkelompok percuma kepada seluruh penjaja dan peniaga di Kompleks Pekan Rabu, Pasar Malam, Pekan Nat, Pasar Tani dan Medan Selera milik Majlis Daerah

6. Menubuhkan Akademi Sukan dan Akademi Latihan Modal Insan Kedah (AKAL)

7. Menambah perumahan PPR sebanyak 10,000 unit di seluruh negeri Kedah

8. Membangun serta membina 5 buah kawasan perumahan kos rendah: Suka Menanti, Tanah Merah, Sungai Petani, Kulim dan Pokok Sena

9. Menawarkan pakej rumah transit 1 ribu unit di setiap daerah bagi pasangan baru berkahwin

10. Cuti Thaipusam sebagai cuti umum

11. Pembinaan Pusat Rawatan Kanser bernilai RM500 juta di Sungai Petani

12. Pembinaan bangunan baharu untuk Hospital Langkawi

13. Klinik 1Malaysia di setiap Pekan, Daerah dan Parlimen akan diperluaskan ke Taman Perumahan yang padat dan di setiap kawasan DUN

13. Bonus Tahunan berdasarkan prestasi dan merit serta Pemberian Bantuan Khas

14. Membaik pulih Kuarters kediaman kakitangan negeri secara berkala

Selaras dengan MANIFESTO BN PUSAT iaitu “Zon Ekonomi Khas” ianya akan diwujudkan di Bukit Kayu Hitam, Kedah.

Infografik Manifesto BN Kedah PRU14 : 

 

Kluster Kesejahteraan Hidup Rakyat memberi tumpuan antaranya kepada skim usahawan muda, air percuma kepada penduduk yang layak serta penambahah 18,000 unit Projek Perumahan Rakyat (PPR) di seluruh negeri.

Kluster Agama dan Modal Insan adalah pemberian biasiswa DiRaja bagi 50 pelajar Kedah yang meneruskan pengajian di Timur Tengah (pengajian agama) yang menyambung pengajian diperingkat ijazah sarjana dan doktor falsafah serta menaja 150 pelajar baharu yang melanjutkan pelajaran di Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) selain memperluaskan kemudahan Tuisyen BARAKAH di setiap kawasan dewan undangan negeri (DUN).

Kluster Berimpak Tinggi yang bertujuan memastikan ekonomi negeri dijana selain mengekalkan asas pertumbuhan dan kekayaan jangka panjang sekali gus menyediakan kira-kira 123,000 peluang pekerjaan.

Kluster Infra dan Utiliti antara lain menawarkan pelaksanaan projek Jeniang Transfer berjumlah RM960 juta dijangka memberi manfaat kepada 18,000 petani untuk menjayakan skim penanaman dua kali setahun serta projek bekalan air Langkawi bernilai RM600 juta.

Menyedari jaringan perhubungan amat penting bagi keselesaan rakyat, tujuh projek pembinaan dan menaik taraf jalan ditawarkan selain pelaksanaan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Pendang, Jitra Selatan, Changlun, Baling dan Sungai Kedah/Anak Bukit menerusi Kluster Jaringan Perhubungan Darat.

Perpaduan terus dikukuhkan kerana itu adalah tunjang kesetabilan, BN Kedah menerusi Kluster Masyarakat Berbilang Kaum antara lain menawarkan dana khas bagi menyambut perayaan kaum Cina, India dan Siam, menganjurkan Karnival MUAFAKAT kaum secara tahunan selain menubuhkan Majlis Sosio Budaya dan Pendidikan Antara Kaum.

Sila klik link dibawah

https://www.flipsnack.com/MANIFESTOBNKEDAH/manifesto-barisan-nasional-negeri-kedah.html

Boleh dimuat turun di

https://wetransfer.com/…/238682f791285cfa4146fceb882…/eef60e Menerus Kemajuan Menzahir Impian

#MenerusKemajuanMenzahirImpian

#ManifestoBNKedah

#RakyatDidahulukan

#BersamaBN

#HebatkanNegaraku

#MuafakatKedah

Leave a comment