Manifesto BN Kedah Tawarkan Yang Terbaik Untuk Rakyat

Manifesto Barisan Nasional (BN) Kedah yang akan dibentangkan malam ini akan menjadi gambaran kepada rakyat bahawa kerajaan BN sentiasa mendahulukan kepentingan rakyat dalam keadaan apa sekalipun.

Malah, jelas beliau, manifesto kali ini bersandarkan keyakinan bahawa kerajaan BN selayaknya diberi mandat untuk meneruskan pemerintahan kerana keupayaannya melaksanakan setiap janji yang ditawarkan.

Beliau yang ditemui ketika meninjau persiapan pembentangan manifesto BN negeri itu berkata, kesemua tawaran dalam manifesto sememangnya sesuatu yang boleh dilaksanakan berdasarkan rekod BN sebelum ini yang mengotakan setiap akujanji kepada rakyat.

“Seperti apa yang kita janji pada pilihan raya yang lalu dan pilihan raya yang ke-13, terdiri daripada 97 peratus kita telah tunaikan janji-janji kita.

“Insyallah manifesto ini akan jadi satu gambaran kepada rakyat bahawa BN mampu menerusikan pemerintahan,”

Diminta mengulas lanjut tentang tumpuan kali ini, beliau berkata , kerajaan negeri juga akan fokus kepada pembangunan Langkawi terutamanya dalam sektor pelancongan yang menjadi penyumbang kepada ekonomi negara.

“BN akan berusaha untuk memenuhi dan membangunkan negeri Kedah bersama-sama. Terutama sekali di Langkawi ada yang akan kita umumkan esok untuk masyarakat di sana dan tidak ketinggalan juga untuk di daratan (di kawasan lain).

“Tapi di Langkawi agak berbeza sedikit kerana kita hendak pastikan supaya Langkawi akan terus jadi destinasi pelancongan yang terulung di negara Malaysia. Fokus kita agak lebih di Langkawi untuk pastikan pelancong-pelancong yang akan berganda lagi menjelang lima tahun akan datang.

“Sebab itu prasarana dan janji kita agak berbeza sikit sebab kia rasa kita perlu beri perhatian untuk pembangunan di sana,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Suka Menanti dalam masa yang sama optimis dengan kesemua tawaran BN untuk negeri itu bakal mengulangi sejarah parti itu pada pilihan raya yang lalu di mana berjaya menunaikan dan melaksanakan hampir 97 peratus janji-janji.

“Manifesto BN Kedah yang akan dilancarkan pada malam ini adalah untuk lima tahun akan datang dan janji-janji kita ini adalah yang boleh dicapai dan boleh dilaksanakan,” katanya.

BN Kedah bakal menawarkan empat kejutan menggembirakan untuk rakyat negeri ini dalam tawaran manifesto bagi PRU-14 yang diasaskan kepada tujuh kluster utama.

TheRakyat.com

Leave a comment