MANIFESTO BN KEDAH PRU14 – MENERUS KEMAJUAN MENZAHIR IMPIAN

Barisan Nasional (BN) Kedah malam tadi melancarkan Manifesto bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) bertempat di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti. Bertemakan “Menerus Kemajuan, Menzahir Impian” yang mengandungi tujuh kluster khusus bernilai RM65.3 bilion untuk rakyat Kedah.

Tujuh kluster itu merangkumi Projek Berimpak Tinggi bernilai RM55.1 bilion, Program Kesejahteraan Hidup Rakyat (RM2.7 bilion), Infra dan Utiliti (RM6.5 bilion), Pelancongan (RM60 juta), Pendidikan dan Modal Insan (RM14 juta), Agama (RM581 juta) dan Belia dan Anak Muda (RM238 juta).

Sepertimana 13 edisi pilihan raya umum lalu, BN Kedah terus komited dan berazam untuk memegang janji serta tanggungjawab bagi menerus kemajuan dan menzahir impian rakyat di negeri itu.

Kita bersyukur kerana aku janji PRU13 yang lalu meskipun menghadapi pelbagai cabaran akhirnya lebih 97.64 peratus berjaya kita penuhi. Ini bermakna keutamaan kita bukan sekadar berjanji kosong. Justeru itu, satu pertiga dari kandungan manifesto yang dizahirkan malam ini sudah pun kita laksanakan.

Satu pertiga dana peruntukan dan kelulusannya sudah tersedia. Baki satu pertiga dari inisiatif dalam manifesto ini yang menggariskan 12 keutamaan pula sudah siap dirangka dengan kerja awalan telah pun digerakkan.

Bagi memastikan rakyat di negeri itu terus terbela, BN negeri komited untuk menawarkan insentif dan tawaran termasuk pemberian suntikan modal kepada usahawan, skim air percuma diteruskan kepada pengguna, kursus praperkahwinan percuma untuk anak muda serta pengendalian pakej perkahwinan melalui program walimatulurus perdana turut diteruskan.

Selain itu, antara projek berskala besar yang bakal menguntungkan rakyat Kedah adalah projek Bandaraya Getah Kedah yang menyediakan 15,000 peluang pekerjaan, menaik taraf Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim dan pembinaan pusat rawatan kanser di Sungai Petani melibatkan pembiayaan sebanyak RM500 juta.

Manifesto itu turut menyediakan jaringan perhubungan serta kemudahan utiliti dengan menaik taraf Jalan Persekutuan Alor Setar ke Kangar sepanjang 26 kilometer dan pelaksanaan projek Jeniang Transfer yang memberi manfaat kepada 18,000 petani.

Apa yang dibentangkan bukanlah janji kosong atau ilusi kita semata-mata. Namun, BN Kedah selaku kerajaan yang bertanggungjawab sentiasa melihat masa hadapan. BN berupaya mentadbir dan mengurus negara dan negeri dengan penuh integrit.

https://www.flipsnack.com/MANIFESTOBNKEDAH/manifesto-barisan-nasional-negeri-kedah.html

#ManifestoBNKedah
#MenerusKemajuanMenzahirImpian
#HebatkanNegaraku
#BersamaBN
#RakyatDidahulukan
#MuafakatKedah

Leave a comment