TIDAK WAJAR PERTIKAI TARIKH MENGUNDI

Tarikh pengundian Pilihan Raya Umum ke 14 yang telah ditetapkan pada hari Rabu 9 Mei 2018, tidak wajar dipertikai kerana ia adalah hak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan ianya pernah terjadi sebelum ini apabila hari pengundian ditetapkan pada hari bekerja bukan pada hujung minggu.

Keputusan yang dibuat SPR sepatutnya tidak perlu dipertikai oleh mana-mana pihak pun kerana Suruhanjaya itu mengambil kira semua faktor bagi membolehkan rakyat keluar mengundi.

Dulu pun kita pernah mengundi pada hari bekerja tetapi kenapa ianya tidak dijadikan isu. Kalau ia diadakan pada hari Ahad sekalipun, ada negeri yang bekerja jadi tidak menjadi isu kerana SPR menilai semua faktor sebelum buat keputusan.

Kepada pihak swasta, majikan akan memberi peluang kepada para pekerja menunai tanggungjawab untuk keluar mengundi walaupun tarikh tersebut jatuh pada hari bekerja. Begitu juga dengan Penjawat Awam, mereka akan diberi kelonggaran untuk keluar mengundi dan kembali bekerja seperti biasa.

Diharapkan semua pengundi dapat melaksanakan tanggung jawab mengundi tanpa perlu mendengar cerita-cerita yang tidak betul.

#PRU14
#MuafakatKedah

Leave a comment