PERUTUSAN KHAS YAB MENTERI BESAR KEDAH

Salam Muafakat Kedah & Salam Negaraku Malaysia.

Assalam Mualaikum Warahmatullah Hi Wabarakatuh dan Salam Muafakat Kedah.

1.Selaras dengan pembubaran Parlimen ke 13 yang berkuatkuasa pada 7 April 2018, maka saya selaku Menteri Besar Negeri Kedah telah mengadap serta menyembah maklum kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Salehhudin ibni Almarhum Sultan Badlishah.

2. Untuk mendapat pekenan Baginda bagi membubarkan Dewan Undangan Negeri Kedah ke 13. Baginda Tuanku telah memperkenankan agar Dewan Undangan Negeri Kedah dibubarkan berkuatkuasa pada hari Sabtu bertarikh 7 April 2018.

3. Dengan pembubabaran DUN, bererti kuasa memilih kerajaan kita pulangkan kepada 1.2 juta pengundi rakyat Kedah.

4. Sehubungan itu saya ingin menyatakan di sini, bahawa kami Barisan Nasional tetap komited untuk terus memacu agenda kemajuan negeri Kedah demi masa depan rakyat.

5. Menerusi pelbagai dasar merakyat yang sudah digerakkan dan disusun termasuk Plan Pembangunan Kedah 2019-2035 selain Manifesto BN Kedah yang praktikal dan boleh dicapai.

6.Kita menjanjikan dasar dasar rakyat yang mudah dilaksana dan impaknya cepat dapat dirasai oleh rakyat.

7. Menerusi pembuktian ‘track record’ sebelum ini dan dengan tawaran pakej kemajuan yang merata lagi menarik bersulam calon calon yang terbaik, saya ingin menyeru kepada seluruh pengundi rakyat Kedah.

8.Marilah Kita bermuafakat dalam satu barisan yang sama untuk membolehkan kerajaan Sunnah wal Jamaah ini diberi mandat baru. Agar keharmonian hidup antara masyarakat berbilang bangsa, kemuliaan syiar dan syariat Islam terus dapat ditatang lagi dijulang.

9. Dalam masa yang sama lebih banyak dasar dasar pembangunan yang melibatkan aspirasi semua dapat dilaksana dengan jaya.

10.Keamanan dan kestabilan berterusan sentiasa diperkasakan selain momentum kemajuan negeri boleh terus diisi dengan agenda rakyat.

8. Dengan mandat baharu Insya Allah yang akan Barisan Nasional Negeri Kedah perolehi maka , saya selaku Menteri Besar berikrar akan memastikan usaha KERAJAAN BARISAN NASIONAL Menerus kemajuan serta Menzahir Impian dapat terus kita jayakan.

9. Demi kepentingan dan manfaat generasi kini, generasi masa hadapan supaya Kedah Darul Aman bergerak seiring menikmati kejayaan demi kejayaan.

Sekian wabillah Hil Taufik Walhidayah Wassalam Mualaikum Warahmatullah Hi wabarakatuh.

#VotedBNPRU14
#HebatkanNegaraku
#ManifestoBN
#MuafakatKedah

Leave a comment