GENDANG PERANG TELAH DIPALU – BN TERUS MARA

Salam Muafakat Kedah & Salam Negaraku Malaysia.

Saat yang dinanti-nantikan telah tiba dengan Pembubaran Parlimen pada hari ini 7 April 2018. Gendang Perang telah dipalu. Perjuangan “do-or-die” mempertahankan maruah parti keramat bermula mulai sekarang.

Saya menyeru, ayuh kita bermandi keringat, berpanas, berhujan, bekerja keras demi parti. Cabaran kita kali ini amat besar, lebih besar daripada 13 pilihan raya yang pernah kita lalui sebelum ini. Kali ini ia penentu nasib parti keramat UMNO dan Barisan Nasional. Kali ini ia juga penentu nasib dan masa depan orang Melayu.

Satu-satunya pilihan yang kita ada adalah kemenangan BN sehingga dapat membentuk kerajaan di Peringkat Persekutuan dan Negeri. Di Kedah matlamat kita adalah tinggi iaitu menambah bilangan 20 kerusi Dewan Undangan Negeri yang kita ada dan menambah bilangan kerusi Parlimen dari 10 yang dimenangi sekarang.

BN Kedah mahu menang selesa supaya Kerajaan Negeri dapat ditadbir dengan baik dan Kerajaan Persekutuan diperteguhkan. Ayuh seluruh jentera, seluruh pencinta parti, segenap lapisan bersama berganding bahu bermuafakat membawa kemenangan parti.

Hanya BN perjuang rakyat. Mara BN terus Mara. #VotedBNPRU14

#MuafakatKedah

#ManifestoBN
#JanjiDitepati
#BetterNation
#DahulukanRakyat

#HebatkanNegaraku

Leave a comment