Dr Mahathir Kalau Sudah Tidak Mampu Menjadi Waras Janganlah Jadi Pemfitnah.

Salam Muafakat Kedah & Salam Negaraku Malaysia.

Mengulas mengenai tuduhan tidak berasas yang telah dibuat oleh Dr Mahathir kepada beliau dan kerajaan negeri Kedah semasa ceramah Pakatan Harapan di Guar Chempedak tempohari. Tuduhan tanpa bukti hanya bersifat terdesak meraih sokongan!. Sebagai orang islam kita semua perlu jauhkan diri dari menyebarkan cerita tidak betul termasuk fitnah!.

Dr Mahathir nampaknya tidak serik-serik lagi mereka-reka berita palsu. Terbaru, Dr Mahathir Mohamad ni agaknya tidur terlalu lama. Bila bangun saja terus meracau kata kerajaan Kedah pula telah menjual tiga pulau pada negara China. Masalahnya, dia main petik saja tanpa sertakan bukti. Apa punya tak ada akal bekas Perdana Menteri. Buat malu saja status Perdana Menteri 22 tahun. Sudah terdesak sangat ka!  Siang malam asyik bermain dengan cerita-cerita rekaan yang hanya untuk mengaburkan kesilapan yang dia sendiri telah buat selama menjadi Perdana Menteri.

Dr Mahathir pun tahu dalam Geopolitik moden mana ada negara jual kawasan dia kepada negara lain. Kalau ikut teori Dr Mahthir sebuah negara boleh berjual beli wilayah, dah lama Negara kaya yang kecil beli wilayah lain. Wahai Dr Mahathir sedarilah kamu bahawa Kedah tidak pernah jual sebarang pulau hatta sekecil sekangkang kera tanah kepada negara lain.

Sepanjang menjadi Menteri Besar, tiada satu pun Pulau di negeri ini dijual kepada negara China, negeri Kedah memang ada 99 buah pulau termasuk Pulau Peranginan Langkawi dan tidak ada satu pun daripadanya dijual kepada pihak luar.  Jadi saya minta Dr Mahathir “Buktikan Mana Pulau Yang Kita Dah Jual” dan jangan  nanti menafikan pula apa yang telah dia dituduh kepada beliau dan pihak kerajaan negeri Kedah.

Wahai Dr Mahathir Kedah sedarilah kamu bahawa apa yang kamu katakan itu fitnah, tidak betul dan tidak masuk akal. Tidak malukah kamu menjatuhkan standard sebagai bekas perdana menteri dengan buat dakwaan bodoh begitu. Dr Mahathir kalau sudah tidak mampu menjadi waras janganlah jadi pemfitnah.

Dr Mahathir perlu mengemukakan bukti sahih diatas dakwaannya itu kerana tuduhan yang tidak berasas boleh membawa kepada fitnah. Bagi pihak kerajaan negeri hanya amalkan dasar memberi pajakan tanah jangka panjang kepada mana-mana pihak yang berminat membuat pelaburan di negeri ini.

Pajakan dengan ‘menjual’ itu jauh bezanya. Ini sama lah kes dengan dakwaan Mahathir konon kerajaan jual tanah di Kuantan kepada China. Padahal ia adalah kerjasama ekonomi yang mana turut beri kelebihan kepada Malaysia. Kalau terdesak nak dapat sokongan rakyat pun, tak perlu buat kenyataan palsu.

Buat semua rakyat Malaysia dan Kedah, jauhilah diri anda semua dari membuat kenyataan dan menyebarkan perkara-perkara yang berunsur fitnah. Kerana penyebaran tuduhan-tuduhan berunsur fitnah boleh merosakkan negara. Mahu rakyat semua berfikir dengan bijak dan jangan sesekali bertindak diluar batasan yang boleh merugikan diri sendiri termasuk akan menjejaskan nama baik negara Malaysia.

Assalamualaikumwarahmatullahhiwabaratuh.

#JauhiFitnah
#MuafakatKedah

Leave a comment