LAWATAN KERJA YAB PERDANA MENTERI KE NEGERI KEDAH

Salam Muafakat Kedah & Salam Negaraku Malaysia.

Alhamdulillah, Hari ini bersama YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak bersarapan pagi dengan masyarakat setempat di Medan Selera Pantai Murni, Yan yang terletak dalam kawasan Parlimen Jerai sempena lawatan kerja 2 hari YAB Perdana Menteri di negeri Kedah.

Dalam ucapan ringkas YAB Datuk Seri Najib, beliau tidak menyangka menerima sambutan yang meriah sehingga medan selera ini sesak dengan kehadiran masyarakat yang tidak mahu melepaskan peluang sarapan pagi bersama. Turut melahirkan rasa gembira dan memaklumkan sememangnya berhasrat untuk bersarapan dengan penduduk dan nelayan Parlimen Jerai di Pantai Murni.

“Saya rasa seronok dapat bersarapan peknga (lempeng), gulai ikan termenung dan air nira yang terbaik di Malaysia”.

“Sebelum datang sini, pelbagai bantuan diberi termasuk pembinaan Masjid Terapung Daerah Yan yang bernilai RM18 juta. Parlimen Pekan pun tiada masjid sebegini yang bertaraf masjid negeri”.

YAB Perdana Menteri sempat juga berseloroh “Hangpa semua dah dapat… tapi saya tidak dapat lagi. Nanti bila sudah raya (Pilihan Raya Umum), jangan lupa saya”.

Turut hadir bersama, YB Dato’ Seri Ahmad Shabery Chek, Menteri Pertanian & Induatri Asas Tani, YB Dato’ Seri Hj Jamil Khir Baharom, Ahli Parlimen Jerai, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guar Chempedak, Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Dawai, YB Datuk Tajul Urus Mat Zain, Pengerusi LKIM, YB Datuk Seri Dr Irmorhizam Ibrahim. termasuk Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Perdagangan Dalam Negeri, Hal Ehwal Pengguna dan Koperasi serta Segi Tiga Pertumbuhan Indonesia-Malaysia Thailand (IMTGT) negeri.

YAB Perdana Menteri turut meluangkan masa mendengar taklimat ringkas disampaikan YB Dato’ Seri Jamir Khir mengenai perkembangan pembinaan sambungan Lebuhraya PLUS Gurun ke Pulau Bunting, Dewan Orang Ramai Taman Gurun Jaya dan Jambatan Jambatan Bukit Choras.

Antara program lawatan kerja 2 hari YAB Perdana Menteri di Kedah hari ini ialah hadir ke Majlis Perasmian Perumahan Nelayan Muafakat Kedah di Kampung Nelayan, Tanjung Dawai, Parlimen merbok. Beliau turut mengumumkan antara projek-projek pembangunan yang telah dibuat dan yang akan di realisasikan di kawasan Parlimen Jerai dan Parlimen Merbok termasuk di seluruh negeri Kedah.

– 300 keluarga nelayan yang terpilih bagi Perumahan Penempatan Semula Nelayan (PSN) Tanjung Dawai (keluasan binaan rumah 700 kaki /segi, 85 % telahpun diduduki oleh nelayan). Kediaman yang sudah lebih sebulan didiami itu memberi kelegaan kepada nelayan Tanjung Dawai dalam mendapatkan kehidupan yang lebih sempurna bersama keluarga masing-masing. Projek ini adalah bukti keprihatinan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam membela golongan nelayan untuk memiliki rumah yang selesa.

– Pembinaan 1 Padang Futsal

– 4 unit Rumah Kedai

– Sebuah Dewan Serbaguna

– Sebuah Tadika

– Meluluskan Projek naik taraf Ban Merbok agar menjadi seperti MADA ke-2.Pembinaan Fasa 1 telah siap sepenuhnya dan projek pembinaan fasa 2 akan dimulakan pembinaan dalam masa terdekat.

– YAB Perdana Menteri juga telah luluskan bajet RM88juta untuk Pembinaan Perumahan Rakyat PPR Bukit Selambau termasuk peruntukan sebanyak RM147 juta bagi kerja menaik taraf projek loji air Bukit Selambau yang sebelum ini berkapasiti memproses 30 juta liter sehari (mld) kepada 70 mld, yang akan bermula bulan depan.

– Kelulusan Pembinaan 2 buah masjid di Sg. Lalang dan Aman Jaya dengan kos pembinaan sebanyak RM5.2juta.

– YAB Perdana Menteri turut meluluskan peruntukan sebanyak RM500juta bagi membantu membaik pulih peralatan nelayan Tanjung Dawai. Bantuan dari kerajaan Persekutuan ini sebagai tanggung jawab kepada rakyat dan menjamin kesejahteraan Rakyat di Merbok dan kebajikan nelayan-nelayan di Tanjung Dawai.

– YAB Perdana Menteri telah meluluskan peruntukan sebanyak RM1.3 billion termasuk RM300 juta kepada Langkawi bagi membaik pulih sistem agihan air terawat untuk kegunaan rakyat kedah.

– YAB Perdana Menteri turut meluluskan peruntukan sebanyak RM19 juta projek membaik pulih Menara Tangki Air dan penggantian paip usang di kawasan Merbok serta Tanjung Dawai

– Keperihatinan pihak Kerajaan melalui LKIM telah banyak membantu masyarakat nelayan di Tanjung Dawai yang dahulu hanya mampu memperolehi RM500/sebulan kini pendapatan mereka telah mencecah RM1000 hingga RM1300/sebulan.

– YAB Perdana Menteri turut mengumumkan peruntukan RM222 juta bagi meningkatkan kualiti bekalan air terawat di beberapa kawasan dalam Parlimen Merbok. Beliau turut memaklumkan bagi kawasan Merbok ini, projek pembinaan loji simpanan air di Sungai Merbok diluluskan dengan peruntukkan sebanyak RM50 juta.

Antara Projek pembangunan yang telah diluluskan oleh YAB Perdana Menteri pada lawatan beliau sebelum ini,

– Projek pembinaan Jalan Tepi Sungai (pecah tanah-April 2018)

Pada sebelah petang, YAB Datuk Seri Mohd Najib Razak berada di Parlimen Padang Terap dalam menghadiri majlis perjumpaan bersama Masyarakat Siam di Perkampungan Chanding.

Pada sebelah malam nanti, YAB Datuk Seri Mohd Najib Razak merangkap Pengerusi Barisan Nasional dan Presiden UMNO akan menghadiri perjumpaan bersama kepemimpinan UMNO Bahagian Kubang Pasu di Dewan Wawasan Jitra.

Lawatan kerja hari ke 2 YAB Perdana Menteri esok, Datuk Seri Mohd Najib Razak bersarapan pagi bersama penduduk di Sekolah Kebangsaan Pondok Tanjung Kapor di Jitra sebelum melancarkan Bantuan Khas Pesawah Peringkat Kebangsaan di Pertumbuhan Desa Sungai Korok, Alor Biak, Jerlun pada jam 11 pagi.

 

#RespectMyPM
#MuafakatKedah
#KamiGengNajibRazak

 

 

 

 

 

 

 

 

Leave a comment