BN KEDAH TETAP BERSEDIA HADAPI PRU 14

Barisan Nasional (BN) Kedah menyokong pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengumumkan calon bagi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) lebih awal bagi membolehkan calon bertanding mempersiapkan diri untuk mewakili parti.

Pengumuman lebih awal ini dapat membantu dan memberi ruang kepada calon terutamanya muka-muka baharu untuk memperkenalkan diri di kawasan yang hendak ditandingi.

“Selalunya dua atau tiga hari sebelum PRU baru kita umumkan calon tapi kalau kita umumkan calon lebih awal ini dapat bantu calon-calon baharu untuk buat persiapan tambahan muka baharu ini rakyat tidak kenal nak banding dengan calon lama.

Kita juga yakin kepimpinan parti telah membuat tapisan terhadap calon yang melibatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis bagi memastikan calon-calon yang akan mewakili BN bersih daripada sebarang masalah.

Ahad lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga pengerusi BN pada Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Australia 2018 di Sydney berkata BN mungkin akan mengumumkan calon PRU lebih awal bagi menyelesaikan masalah yang mungkin berlaku di sesuatu kawasan selain calon boleh bersedia awal.

Dalam perkembangan lain, beliau turut menempelak tindakan Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang membuat kenyataan mahu memecat penjawat awam yang tidak sehaluan dalam tempoh 30 hari sekiranya Pakatan Harapan memerintah.

“Dia (Mukhriz) tidak sepatutnya cakap begitu kerana penjawat awam ini berdiri atas diri sendiri dan mereka patut dihormati. Mereka diberi kepercayaan dan jalankan tugas yang telah diamanahkan jadi kenapa hendak pecat mereka kalau tidak sehaluan.

“Belum memerintah lagi sudah pasang hasrat macam itu.. Nanti kalau sudah memerintah macam mana pula jadinya” katanya.

Barisan Nasional Kedah tidak mahu tergesa-gesa dalam menyediakan manifesto pilihan raya umum (PRU) demi memastikan ia bukan hanya sekadar janji kosong seperti dibuat pembangkang. BN Kedah masih lagi membuat penelitian, perancangan dan perbincangan bersama jentera parti agar manifesto yang ditawarkan nanti memberi manfaat menyeluruh kepada rakyat.

“Kita (BN) tidak tergesa-gesa macam mereka (pembangkang). Kita mahu pastikan bila hendak bagi sesuatu kepada rakyat, ia boleh dilaksanakan dan realistik sebab itu perlu tengok dahulu semua keperluan rakyat.

Orang lain boleh cakap macam-macam, janji itu (dan) ini tapi akhirnya mereka tidak boleh laksanakan. Kita juga tahu manifesto yang mereka lancarkan itu sebenarnya ambil daripada BN.

Pada 28 Feb lalu, Pas bersama rakan strategik mereka dalam Gagasan Sejahtera melancarkan manifesto PRU14 khusus untuk Kedah antaranya sumbangan beras sejahtera, mewujudkan Skim Tabungan Anak Kedah, membangunkan Sungai Kedah sebagai produk pelancongan dan menyelesaikan masalah bekalan air secara berperingkat.

Bagaimanapun, sehari selepas itu beliau berkata pembangkang sepatutnya membiarkan kerajaan Barisan Nasional (BN) terus memerintah Kedah jika hanya tahu ‘mencedok’ manifesto BN yang telahpun dilaksanakan di negeri ini.

Manifesto BN pada PRU13 fokus terhadap pelaburan berskala besar, sektor pelancongan, isu perumahan, penyelesaian masalah banjir, kesihatan, keselamatan, kebajikan, sistem penyampaian awam, belia dan sukan, pendidikan dan pembangunan modal insan.

#MuafakatKedah

Leave a comment