BANTUAN RAKYAT 1 MALAYSIA – BR1M 2018

Salam Muafakat Kedah & Salam Negaraku Malaysia.

Alhamdulillah, Pada sebelah pagi tadi berlangsung penyerahan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) yang telah diadakan di Dewan Pejabat Kota Setar bagi 2 Parlimen iaitu Parlimen Alor Setar dan Parlimen Kuala Kedah.

Pemberian BR1M yang pertama pada tahun ini untuk peringkat pertama dan 1009 orang penerima bagi Daerah Kota Setar yang dijemput hadir di majlis penyerahan tersebut.

Disamping itu juga turut menasihat kepada para penerima supaya membuka akaun bank termasuk yang sudah memiliki akaun dapat mengemaskini kan akaun bagi memudahkan urusan pihak LHDN untuk membuat pembayaran.

Semoga dengan pembayaran BR1M ini dapat membantu penerima untuk berbelanja dan meringankan beban penyaraan keluarga penerima. InsyaAllah.

#BantuanRakyat1MalaysiaBR1M
#MuafakatKedah

 

Leave a comment