PENGANJURAN EKSPO MUAFAKAT KEDAH SEBAGAI PROGRAM DWI TAHUNAN

Penganjuran Ekspo Terbesar Kerajaan Negeri dengan tema Ekspo Muafakat Kedah akan diadakan secara Dwi Tahunan jika Barisan Nasional (BN) terus diberikan mandat mentadbir kerajaan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) akan datang.

Penganjuran Ekspo terbesar Kerajaan Negeri itu perlu diteruskan susulan kejayaannya menarik kunjungan lebih 600,000 pelawat, sekali gus melepasi sasaran ditetapkan. Penganjuran edisi kedua Ekspo Muafakat Kedah itu dijadual akan diadakan pada Februari 2020, dengan suntikan nilai tambah membabitkan penyertaan lebih banyak agensi dari dalam dan luar negara.

 

“Atas pencapaian dan kejayaan ini, sukalah saya mengumumkan bahawa Ekspo Muafakat Kedah akan diadakan dua tahun sekali dengan syarat kerajaan sedia ada iaitu BN diberi mandat baharu yang lebih kukuh supaya lebih banyak usaha meneruskan kejayaan dapat dizahirkan.

“Justeru, jika mandat kukuh kita perolehi, maka Ekspo Muafakat Kedah di era 2020 akan ditambah nilai dengan dua pakej kluster iringan.

“Ia akan membabitkan penyertaan semua kementerian yang ada, selain pembabitan negara jiran,” ketika berucap pada Majlis Perasmian Penutup Ekspo Muafakat Kedah 2018 di Stadium Darul Aman.

Ekspo Muafakat Kedah 2018, yang berlangsung sejak 24 Februari lalu, dengan menampilkan 20 kluster dan 199 agensi kerajaan serta swasta, sudah melabuhkan tirai dengan pelbagai kenangan dan sejarah kepada rakyat negeri Kedah.

Paparan kluster dalam penganjuran Ekspo itu berjaya menjadi satu testimoni yang membuktikan banyak peluang boleh diterokai rakyat Kedah. Kerajaan negeri juga akan mewujudkan mekanisme segera dengan setiap daerah diberi peruntukan khas bagi kerja penyelidikan dan pembangunan (R&D) supaya fungsi mereka selaku petunjang dan teras utama pembangunan serta kemajuan negeri dapat dijayakan.

Mesej utama Ekspo Muafakat Kedah mencapai objektif penganjurannya apabila berjaya mendekatkan kerajaan dengan rakyat negeri itu. “Ada satu hari kita merekodkan jumlah pengunjung seramai 50,000 orang dan perkembangan ini sangat memberangsangkan.

Melalui program Kluster Suara Hati Kedah, kerajaan negeri juga menerima pelbagai maklum balas dan pandangan daripada rakyat.

“Ia membolehkan kerajaan memperbaiki dan memperkasakan apa juga bidang di negeri ini demi memenuhi aspirasi penduduk Kedah. Pihaknya bercadang menganjurkan ekspo seumpama itu sekali dalam tempoh dua atau tiga tahun bagi memperlihatkan kejayaan negeri Kedah dan juga boleh menganjurkan Ekspo sebegini di peringkat daerah pada masa depan”.

Penganjuran Ekspo Muafakat Kedah ini sebagai platform terbaik bagi rakyat untuk menilai dan memahami perancangan serta pelaksanaan sesuatu perkara oleh kerajaan.

Semasa Majlis Penutup Ekspo Muafakat Kedah turut berlangsung Majlis Pelancaran Pelan Pembangunan Strategik Negeri Kedah 2019 – 2035 oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang menyaksikan pelaksanaan perancangan pembangunan dalam pelbagai aspek membabitkan empat elemen utama.

Elemen terbabit ialah mempelbagaikan asas ekonomi negeri, melonjak pembangunan holistik berdaya mampan, meningkatkan kesejahteraan rakyat dan menyediakan Kedah dengan kekuatan jati diri membabitkan modal insan serta tenaga muda selaku impetus utama.

YAB PM Datuk Sri Najib Razak dalam ucapannya, turut mengumumkan Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di sini akan dinaik taraf sebagai lapangan terbang antarabangsa dalam tempoh lima tahun akan datang. naik taraf terbabit berdasarkan potensi besar pembangunan di Bukit Kayu Hitam yang akan dijadikan hab lojistik utara semenanjung, sekali gus menjadi penghubung dengan selatan Thailand selain meningkatkan keupayaan penerbangan Haji dan umrah.

YAB PM Datuk Sri Najib Razak berkata, atas tinjauan beliau, Langkawi perlu dijadikan pintu masuk negara dengan adanya penerbangan terus tetapi sekiranya tiadanya jambatan udara (aerobridge) maka sudah pasti pesawat besar tidak boleh mendarat. Diatas faktor itu, YAB PM Datuk Sri Najib Razak mengarahkan Malaysia Airports Holding Bhd (MAHB) perlu dibuat Jambatan Udara didalam pakej projek pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.

Dalam masa yang sama, YAB PM Datuk Sri Najib Razak turut mengulas lanjut mengenai Kedah, segala perancangan dan pembangunan yang dirancang akan terus dilakukan di bawah kerajaan BN. Beliau turut mengulangi komitmen untuk melaksanakan projek menaik taraf lima loji rawatan air dengan peruntukan RM1 bilion yang diluluskan sebelum ini, bagi menyelesaikan masalah bekalan air terawat di Kedah.

Kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) yang didokong Kerajaan Pusat akan membina banyak projek perumahan rakyat (PPR) dan rumah mampu milik seluruh Kedah, malah akan melaksanakan apa yang perlu, umpamanya Jalan Kampung, Lampu Jalan dan Menaik Taraf Sekolah Daif.

YAB PM Datuk Sri Najib Razak menyatakan harapan agar Kedah terus kekal di bawah BN, bukan saja kekal tetapi tambah lagi (majoriti) dan beliau yakin, insyaAllah ia boleh jadi kenyataan. Kedah akan terus dapat sokongan kuat daripada Kerajaan Persekutuan kerana Kedah memerlukan sokongan memandangkan hasil yang dikutip kerajaan negeri adalah amat terbatas.

“Ini kerana Kedah terpaksa berkorban sebagai negeri jelapang padi negara dan Kerajaan Pusat amat menghargai sumbangan besar ini kepada negara. Atas sebab itu, kita akan terus membantu Kedah untuk memacu pembangunan di negeri ini,” jelas YAB PM Datuk Sri Najib Razak.

Antara program yang turut dilangsungkan sempena penganjuran Ekspo Muafakat Kedah tempoh hari ialah “Program Kerohanian Malam Kedah Berselawat 2018” yang telah dihadiri kira-kira 10,000 orang bertempat di di Medan Bandar Alor Setar.

Program itu turut menampilkan penceramah bebas, Datuk Ustaz Kazim Elias yang memberikan tazkirah bertajuk Muafakat Membawa Berkat selama 45 minit sebelum program selawat bermula pada 10.15 malam. Kumpulan nasyid terkenal Rabbani dijemput bagi memimpin program selawat itu yang berakhir jam 11.30 malam.

Penganjuran Ekspo Muafakat Kedah buat julung kali dianjurkan turutkan memberi tuah kepada pengungjung yang hadir kerana hadiah rumah yang disediakan telah menemui penerima bertuah, sepasang suami isteri warga emas untuk memiliki kediaman lebih selesa tercapai diumum sebagai pemenang hadiah utama pada Ekspo Muafakat Kedah (EMK).

P Amarthuvaly, 63, dan suaminya, R Superian, 67, yang tinggal di Flet Alor Malai di sini, menerima rumah Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) di Sungai Petani, apabila diumumkan sebagai pemenang cabutan bertuah pada hari terakhir Ekspo Muafakat Kedah termasuk seorang lagi yang turut memenangi cabutan bertuah rumah PR1MA, Cik Noor Azie Syamira Noor Yakin yang berasal dari Pendang.

Sementara itu, peniaga pasar malam, Faizal Muhayudin, 35, bersyukur apabila anak keduanya, Muhammad Firash Fitri, 2, diumumkan sebagai pemenang kenderaan utiliti sukan, Haval.

Para Pemenang bertuah menerima hadiah yang telah disampaikan sendiri oleh YAB PM Najib Razak pada majlis penutupan Ekspo Muafakat Kedah.

InsyaAllah, 2 tahun lagi kita bertemu kembali di Penganjuran Ekspo Muafakat kedah Edisi Kedua.Terima Kasih kepada semua yang telah bertungkus lumus menjayakan penganjuran Ekspo Muafakat Kedah 2018.

#EkspoMuafakatKedah2018

Leave a comment