Kejayaan Dipamer Hasil Permuafakatan Bersama

Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri  DiRaja Ahmad Bashah Md Hanipah menyifatkan Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai “kurang cerdik” kerana mendakwa kejayaan yang dipamerkan dalam Ekspo Muafakat negeri Kedah sebagai hasil usaha beliau ketika menjawat jawatan Menteri Besar sebelum ini.

Beliau berkata, kejayaan yang dipamerkan ini adalah hasil permuafakatan semua pihak di dalam kerajaan selain turut membidas Mukhriz sebagai seorang pemimpin yang masih merangkak ketika memegang jawatan itu selepas Pilihan Raya Umum ke 13.

Malah Ahmad Bashah,  menegaskan bahawa beliau sendiri malu untuk mengakui semua kejayaan yang dipamerkan itu adalah hasil kejayaan beliau selepas kira kira dua tahun memegang tampuk pemerintahan negeri Kedah.

“Ini hasil permuafakatan semua pihak terutamanya bagi kerajaan BN yang telah membuktikan kejayaannya mentadbir negeri Kedah.

“Saya sendiri tidak berani mengaku ini kejayaan saya, semua orang buat kerja…..dia masa jadi MB (Menteri Besar) masih merangkak kerana baru pegang jawatan.

“Biarlah dia dengan cara dia, saya kalau boleh tak mau layan sangat perkara macam ni…. dia pun bukan cerdik sangat, “ katanya pada sidang media selepas majlis penyerahan elaun   Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung di Tapak Ekspo Muafakat Kedah di sini.

#EkspoMuafakatKedah

Leave a comment