EKSPO MUAFAKAT KEDAH 2018

Salam Muafakat Kedah & Salam Negaraku Malaysia.

Alhamdulillah, Bersyukur kehadrat ALLAH swt diatas izin dan limpah kurnianya, di persembahkan kepada rakyat negeri Kedah, Penganjuran Ekspo Muafakat Kedah, Ekspo terbesar anjuran Kerajaan Negeri Kedah yang julung kali dianjurkan itu menampilkan pencapaian Kerajaan Negeri serta perancangan masa depan untuk semua rakyat Kedah dalam tempoh lima tahun akan datang.

Ekspo Muafakat Kedah 2018 yang sedang berlangsung di pekarangan Stadium Darul Aman telah masuk hari ke tiga selepas Perasmian penuh gemilang yang telah dirasmikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada 24hb Febuary 2018. Sambutan amat menggalakkan sejak hari pertama dibuka kepada pengunjung yang turut mencatat jumlah kehadiran mencecah sekitar 35 ribu pengunjung yang datang  pada hari pertama dari pelbagai pelusuk negeri Kedah termasuk juga dari luar Kedah dan Kerajaan Negeri mensasarkan 400,000 pengunjung ke ekspo yang julung-julung kali diadakan itu.


Penganjuran Ekspo Muafakat Kedah adalah platform penting memperlihatkan kejayaan dan perancangan masa depan Kerajaan Negeri dibawah Pentadbiran Barisan Nasional (BN) untuk rakyat. Matlamat penganjuran Ekspo diatas satu tujuan membolehkan pengunjung, terutama rakyat Kedah melihat sendiri kejayaan pentadbiran kerajaan negeri membina masa depan rakyat kedah yang lebih gemilang melalui pameran 20 kluster membabitkan 119 Jabatan Kerajaan.

Ekspo yang berlangsung selama lapan hari itu mempamerkan pelbagai polisi realistik dan pencapaian yang telah dilaksanakan Kerajaan Negeri untuk memanfaatkan rakyat. Ekspo Muafakat Kedah merupakan platform untuk kerajaan mempromosi agenda pembangunan yang dilaksanakan kepada rakyat. Melalui ekspo tersebut, semua jabatan dan agensi akan digemblengkan kerjasama menerusi satu bumbung melalui Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).

Ekspo ini membuktikan kita memberi perkhidmatan terbaik dalam memenuhi aspirasi rakyat dan objektif demi kemakmuran negeri termasuk juga sepanjang pentadbiran Kerajaan BN, Kedah merekodkan pelbagai pencapaian, termasuk pertumbuhan Industri Pembuatan, Pertanian dan juga Pelancongan yang menjadi daya tarikan pelancong ke dinegeri Kedah yang menjadi antara tajuk utama dalam perancangan masa depan.

Ia turut menampilkan pelbagai aktiviti, antaranya temu duga kerja, peluang melanjutkan pelajaran, penjualan hartanah, jualan murah untuk barangan keperluan asas, pameran dan jualan produk usahawan tempatan pada harga yang istimewa. Antara tarikan utama adalah jualan 6,000 unit hartanah di seluruh Kedah membabitkan agensi kerajaan dan pemaju swasta, yang ditawarkan pada harga diskaun. Pegawai Bank Negara Malaysia dan Institusi Kewangan juga akan mengambil bahagian untuk memberi khidmat nasihat kepada pengunjung yang masih mencari rumah idaman.

Turut ditampilkan adalah usahawan dalam pelbagai bidang seperti Pengusaha Trak Makanan dan Makanan Popular bagi membuka ruang kepada usahawan tempatan mempromosi produk serta perkhidmatan mereka. Ekspo ini bakal dimeriahkan dengan kehadiran Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Sheikh Mustapha dan Tokoh Usahawan serta Selebriti Popular.

Pentadbiran Kerajaan BN tidak menjanjikan bulan dan bintang kepada rakyat, Tujuan dan matlamat penganjuran Ekspo ini kita pamerkan bukti bahawa dasar-dasar yang kita janjikan, boleh dicapai dan praktikal untuk dilaksanakan. Kedah memiliki pelbagai potensi boleh diterokai seperti Agro Pelancongan, Kebudayaan, Pelancongan Warisan dan Kesihatan.

Setiap Daerah di Negeri Kedah ada keunikan dan tarikan tersendiri seperti Kota Setar sebagai Pusat Kebudayaan serta Warisan dan Kubang Pasu sudah lama dikenali dengan Gelaran Lembah ilmu, manakala Baling serta Padang Terap adalah kawasan kluster alam semula jadi yang mampu menarik pengunjung kerana banyak lokasi yang menarik terdapat disitu.

Bertemakan ‘Muafakat Kedah’ dominan sepanjang zaman yang membawa semangat dalam kalangan pesawah memastikan Negeri Kedah terus menghasilkan 37 peratus sumber bekalan makanan negara. Pentadbiran kerajaan Negeri akan mempertahankan mandat diberi rakyat kerana matlamat Kerajaan Negeri sangat jelas dalam memastikan kebajikan rakyat dipelihara dan terus membangunkan Kedah, tegas beliau.

Kepada pengunjung “Bertuah” yang hadir di Ekspo Muafakat Kedah bakal memenangi hadiah menarik termasuk hadiah sebuah rumah, di samping pelbagai hadiah lain yang menarik disediakan seperti Kereta, Motosikal, Barangan Elektronik, Pakej Penginapan termasuk baucer dekorasi rumah.

#PakatPakatMai
#EkspoMuafakatKedah2018

 

 

No automatic alt text available.

Leave a comment