BANTUAN UNTUK RAKYAT DIPANGGIL DEDAK SATU PENGHINAAN KEPADA PENERIMA

Tindakan dan kenyataan Pemimpin Pakatan Harapan yang kerap kali melabelkan setiap bantuan kerajaan sebagai dedak jelas terbukti mereka sudah ketandusan isu untuk menjatuhkan kerajaan BN dan sekarang mereka menghina pula rakyat yang menerima bantuan dari pihak kerajaan.

Rakyat bukannya binatang ternakan atau anak ayam yang perlu diberi dedak. Pemimpin Pakatan Harapan tidak sepatutnya membuat kenyataan sebegini dan diminta berhenti membuat kenyataan menghina rakyat yang menerima bantuan kerajaan.

Ini termasuklah pengumuman peruntukkan oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berjumlah RM1.3 bilion bagi lima projek infrastruktur di Langkawi turut dilabelkan oleh pemimpin Pakatan Harapan sebagai dedak amat dikesali sama sekali.

Mereka yang menjadi pemimpin Barisan Nasional sememangnya telah diterapkan dan bertanggungjawab dalam menyalurkan bantuan kepada rakyat, malah aspek ini sudah lama dipraktikkan oleh pemerintahan Kerajaan Barisan Nasional sejak mula ditubuhkan lagi.

Sebelum ni pun Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad pun pernah dilantik sebagai Perdana Menteri dan turut memberi bantuan kepada rakyat. Kenapa baru sekarang sibuk nak kata dedak sedangkan bantuan yang disalurkan adalah untuk keperluan rakyat.

Beliau turut mengulas mengenai laporan sebuah portal berita bahawa sokongan masyarakat Siam di Kedah kini beralih kepada PH, beliau menganggap hanyalah gimik Pakatan Harapan yang kita serba maklum bahawa tujuan mereka untuk menarik perhatian rakyat dalam berhadapan Pilihan Raya Umum ke 14 yang akan tiba tidak lama lagi.

Biasalah pembangkang yang suka kata begitu kerana mereka nak yakinkan rakyat dengan cerita tidak benar dan sanggup menipu kerana mahu tunjuk pada rakyat yang pembangkang kuat padahal itu hanyalah gimik mereka yang mahu menutup kepincangan Pakatan Harapan yang pada hakikatnya mereka dalam keadaan krisis identiti.

Pemimpin Pakatan Harapan perlu tahu rakyat sekarang bukannya boleh diperbodohka dan mereka tidak mudah lagi ditipu dengan cerita palsu dan janji tinggal janji untuk tempoh lima tahun lagi, ” tegas beliau.

Beliau mahu semua rakyat berfikir dengan bijak kerana masa depan anak bangsa terletak ditangan kita pada masa ini. Kerajaan BN sentiasa berusaha menjaga kebajikan dan keperluan rakyat yang menjadi teras utama dalam pentadbiran YAB PM Datuk Seri Najib Razak.

#MuafakatKedah

Leave a comment