Biasiswa Penuh LZNK Buat Anak Kedah Di UniSHAMS

Bismillahirrahmanirrahim,
Salam Muafakat Kedah & Salam Negaraku Malaysia.

Alhamdulillah, Pada hari ini 14 februari 2018, Beliau telah menyaksikan termeterainya satu memorandum persefahaman antara Lembaga Zakat Negeri Kedah bersama Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mua’dzam Shah (UniSHAMS) berkenaan dengan biasiswa penuh pendidikan Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Turut hadir dimajlis tersebut, Y.Bhg Tan Sri, Dato’ Seri Hj Osman Arof, mantan Menteri Besar Kedah.

Dimajlis tersebut, kedua belah pihak melalui memorandum persefahaman ini mengesahkan hasrat dan niat masing-masing untuk bekerjasama melalui biasiswa ini, buat anak-anak kedah yang cemerlang dalam akademik berpeluang mendapatkan pembiayaan penuh pengajian khususnya bagi yang menyambung pengajian peringkat tinggi di UniSHAMS.

Biasiswa ini adalah satu platform kerjasama strategik yang berfokus berjangka masa panjang untuk tujuan pembangunan pendidikan anak-anak kedah dalam kategori asnaf fisabilillah.

Kuota biasiswa adalah terhad kepada 100 orang setahun yang melanjutkan pengajian dalam lapan (8) program di unishams iaitu

1. Diploma Tahfiz Wal Qiraat

2. Diploma Pengajian Islam

3. Diploma Perbankan Islam

4. Diploma Perakaunan

5. Ijazah Sarjana Muda Pengajian Tahfiz Al-Qura’n dan Al-Qiraat Dengan Kepujian

6. Ijazah Sarjana Muda Dengan Kepujian

7. Ijazah Sarjana Muda Usuluddin Dengan Kepujian

8. Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan Dengan Kepujian (Kewangan dan Perbankan Islam).

Bagi pelajar-pelajar yang terpilih untuk biasiswa ini perlu terikat dengan perjanjian dengan lembaga zakat negeri kedah, di mana mereka perlu memastikan kecemerlangan akademik mereka berterusan sehingga tamat pengajian.

Pemilihan pelajar yang layak akan dilakukan secara bersama oleh pihak Lembaga Zakat Negeri Kedah dan UniSHAMS.

Beliau selaku Menteri Besar Kedah dan juga Pengerusi Lembaga Pengarah UniSHAMS melahirkan rasa syukur dan gembira dengan kerjasama yang telah disepakati ini.

Ia adalah satu tanda permuafakatan yang wujud antara institusi dalam negeri ini yang saling membantu membangunkan rakyat negeri ini dalam pelbagai aspek dan bagi pihak Kerajaan Negeri, Beliau mengucapkan tahniah dan syabas.

Alhamdulillah, diharapkan semoga semua urusan dipermudahkan.

Sekian, Terima Kasih.

#MuafakaKedah
#BiasiswaPenuhLZNK
#UniSHAMS

 

Leave a comment