EKSPO MUAFAKAT KEDAH 2018

Assalamualaikum dan selamat petang warga kedah semua.

Petang ni meluangkan masa melawat dan meninjau persiapan para petugas di tapak Ekspo Muafakat Kedah yang akan berlangsung pada 24 Febuari sehingga 3 Mac. Alhamdulillah, semua persiapan berjalan dengan lancar.

Pada 24 Februari hingga 3 Mac 2018, Kerajaan Negeri Kedah akan mengadakan “Ekspo Muafakat Kedah” 2018 yang akan berlangsung di Perkarangan Stadium Darul Aman.

Ekspo terbesar yang julung-julung kali diadakan di negeri Kedah ini mampu menarik 400 ribu pengunjung dari seluruh negeri Kedah malahan turut dari luar kedah dan Ekspo ini juga melibatkan 20 kluster, 199 agensi dan jabatan, 15 acara utama dan 119 acara sampingan.

Kluster yang terlibat meliputi Kluster Pameran DiRaja, Barakah Kedah, Suara Hati, Generasi Muda Pemimpin Negara, Kedah Harmoni, Eko Kedah, Kedah Islami, Bakat Kedah, Kedah Aman, Rangkaian Kedah, Kedah Berdaya Huni, Digital Kedah, Kedah Holistik, Kewangan, Agro Kedah, Kedah Bizz, Warisan Dan Pelancongan, Pameran Perkhidmatan, Pameran Daerah dan Petting Zoo.

Majlis Perasmian ekspo ini akan diadakan pada 24 Februari 2018 (sabtu) jam 10.00 pagi di dewan utama, Lawatan DiRaja pada 28 Februari 2018 (Rabu) jam l0.00 pagi di tapak ekspo dan Majlis Penutup pada 3 Mac 2018 (Sabtu) jam 6.00 petang di dewan utama.

Terdapat juga acara utama yang lain iaitu YAB Menteri Besar Kedah, Dato, Seri DiRaja Ahmad Bashah Md Hanipah bersama Pelajar Sekolah Pondok Tahfiz, Belia, Penjawat Awam, Wanita, Penggiat Industri dan juga NGO.

Di tapak ekspo juga akan berlangsungnya Majlis Penyampaian Bantuan Barakah Kepada Golongan Miskin dan Program Kedah Berselawat akan diadakan di Dataran Masjid Zahir.

Pada 1 Mac 2018 akan diadakan Program Ceramah Perdana bersama Y.Bhg Dato’ Ustaz Kazim Elias yang akan diadakan di Dataran Medan Bandar.

Perasmian Hari Air Sedunia pada 25 Februari 2018 oleh Lembaga Sumber Air Negeri Kedah, Pelancaran Mini Karnival Keselamatan Jalan Raya Peringkat Negeri Kedah oleh JKJR dan Program Bicara Kedah Beraspirasi Melangkau 2030.

Terdapat pelbagai acara sampingan yang akan diadakan di sekeliling dan di dalam Stadium Darul Aman diantaranya Food Truck Kedah Best Street Food, Pameran Ketenteraan termasuk acara Jualan Murah bersama usahawan (Fattah Amin) termasuk majlis himpunan usahawan Amanah Ikhtiar.

Terdapat juga Taman Buaya dan Ular dibawa khas, Ceramah Motivasi, Penyampaian Dana Warisan Anak Kedah, Program Jom Masuk U, Job Fair, Bersama Dato, Dr Sheikh Muszaphar dan Fizo Omar, Pameran Kebudayaan mengikut kaum, Barber Battle, Fun Ride, Pertandingan Bola Sepak dan Liga Penalti, Zumba, Program Pengurusan Kewangan, Hari Bersama JPJ , Demonstrasi Robotik dan RC Jet, termasuk juga akan disediakan kepada pengunjung dengan pakej-pakej diskaun dan baucer serta banyak lagi acara -acara yang akan berlangsung nanti.

Cabutan bertuah buat para pengunjung bertuah yang hadir ke tapak Ekspo dengan pelbagai hadiah menarik disediakan seperti kereta, motorsikal, peralatan elektrik, pakej penginapan hotel, pakej pelancongan, baucer hiasan rumah dan gajet di samping persembahan pentas dari artis-artis ternama tanahair akan menghiburkan pengunjung yang hadir ke tapak Ekspo Muafakat Kedah 2018.

#PakatPakatMai
#EkspoMuafakatKedah
#BPENKedah
#MuafakatKedah

Leave a comment