TIDAK PERLU JAJA NAMA BELIAU UNTUK KEPENTINGAN PERIBADI

Mengingatkan individu tidak bertanggung jawab agar tidak menjaja nama beliau sebagai habuan untuk memperoleh projek mahupun mempengaruhi sebarang keputusan.

Menurut beliau, perkara itu dikesan berlaku dan sedikit sebanyak menjejaskan imejnya termasuk kerajaan negeri.

“Saya tahu ada individu yang pergunakan nama saya untuk kepentingan peribadi mereka, tak payahlah buat begitu. Gunakan kelebihan diri sendiri, jangan jaja nama saya untuk dapatkan projek di Kedah.”

Tegas beliau, tidak sewajarnya mana-mana pihak mempergunakan nama pejabat Menteri Besar Kedah mahupun nama beliau dalam meraih sokongan.

“Bila benda ni tersebar, tular dan macam-macam orang cakap. Lagi dekat PRU14, lagi hebatlah. Tular sana sini, kita tak boleh sekat maklumat tular, yang boleh sekat perbuatan individu berkenaan, jadi hentikan,” tegas beliau.

Hanya kenyataan yang dibuat oleh beliau secara rasmi sahaja boleh dijadikan rujukan.

Beliau difahamkan baru-baru ini, tular surat layang berhubung individu mempergunakan nama Menteri Besar Kedah untuk kepentingan peribadi, yang turut dihantar ke pejabat Sinar Harian di Alor Setar. – Sinar

 

#JauhiTularFitnah

#MuafakatKedah

Leave a comment