PROGRAM SENTUHAN RAKYAT ANJURAN BERSAMA KPDNKK

Program jualan runtuh barangan keperluan harian yang diadakan di seluruh negeri Kedah bukanlah umpan untuk menarik sokongan pengundi, sebaliknya adalah  tanggungjawab kerajaan negeri membantu meringankan beban rakyat.

Program sentuhan rakyat anjuran bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) ini berkonsepkan jualan mega “mesra rakyat” menawarkan harga jauh lebih rendah berbanding harga pasaran.

“Potongan harga yang ditawarkan lebih daripada 20 peratus, jika pengguna beli banyak barang akan dapat nikmati penjimatan sehingga RM15-RM20 untuk pembelian ini.”

Menurut beliau, konsep yang diperkenalkan itu bukan ‘dedak’ untuk rakyat, sebaliknya membantu rakyat mendapatkan barangan keperluan harian pada harga murah.

Tidak mustahil program baik seperti ini pun dijadikan isu oleh pembangkang, konon nak tarik undi sebab kita tawar harga rendah. Pembangkang mereka tak buat apa pun, kita buat benda baik pun, mereka kata tak bagus, mereka pandai cakap saja. Kita buat sebab ada keperluan dan beri manfaat kepada banyak pihak.

Program yang ketujuh diadakan di Parlimen Alor Setar dan serentak diadakan di Pendang bukan kempen politik, kerana program seumpama sudah diadakan dengan konsep berbeza.

Pendekatan kita saja berbeza, sebelum ini musim Aidilfitri diadakan jualan daging. Sekarang musim perayaan Thaipusam dan akan datang Tahun Baru Cina, kita rasa ada keperluan dan apa salahnya diadakan secara sebegini.

Menurut beliau, program ini akan diperluas ke semua daerah secara berterusan dan kemungkinan diadakan secara mingguan atau bulanan.

Program ini akan diadakan di beberapa tempat, supaya seluruh rakyat di daerah lain juga dapat nikmati harga luar biasa yang ditawarkan lebih lapan pembekal.

#ProgramJualanMega
#MuafakatKedah

Leave a comment