Kerja Pembangkang Senang, Apa Saja Kita Buat Tidak Bagus!

“Pembangkang ini kita buat apapun semua tidak bagus.. jadi mereka senang… cakap saja tidak perlu buat buat apa. Itu pembangkang”

Ujar beliau, ini berbeza dengan Barisan Nasional (BN) kerana BN adalah sebuah kerajaan yang bertanggungjawab dan sentiasa memikirkan kepentingan rakyat.

“Kita lain… apa yang baik untuk orang ramai, kita akan buat. Lagipun kita selalu buat program sebegini cuma dalam bentuk yang berbeza-beza.

“Tapi kalau dengar cakap mereka, tidak perlu buat apa-apa lah. Mereka ini semua yang kerajaan buat tidak betul,” jelas beliau lagi dalam sidang media selepas melawat program jualan runtuh di Dataran Taman Wira, Mergong di sini.

Beliau berkata demikian mengulas dakwaan mereka yang tidak bertanggungjawab kononnya kerajaan menghulurkan bantuan hanya disebabkan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) sudah semakin hampir.

Mengulas berkaitan program jualan runtuh, kempen ini dibuat oleh kerajaan untuk membantu rakyat.

Program sebegini juga akan diadakan setiap bulan di seluruh negeri Kedah. – MediaUMNO

Leave a comment