Pelancaran Jersi Baharu Skuad Hijau Kuning 2018

Lebih 2,000 peminat bolasepak Hijau Kuning yang lebih dikenali sebagai “Lang Merah” hadir menyaksikan pelancaran jersi dan pasukan Kedah musim 2018 dalam perasmian yang berlangsung di Hotel Royal Signature Alor Setar.

Pelancaran penuh meriah itu menyaksikan dua jersi baharu Kedah tajaan Al-Ikhsan Sports dilancarkan dengan jersi pertama berwarna hijau kuning untuk aksi di laman sendiri manakala jersi kedua merah dengan jalur hijau dibahagian tepi untuk perlawanan di tempat lawan.

Mengucapkan tahniah kepada semua terutama pengurusan pasukan dan pemain yang bertungkus lumus memastikan KFA adalah antara pasukan elit di Liga Malaysia pada musim 2017.

“Saya dimaklumkan jersi utama pada tahun ini masih lagi mengekalkan warna asas kuning dan hijau tetapi pihak penaja iaitu Al Ikhsan atau AL membuat sedikit pembaharuan dari segi rekaan ia lebih mirip kepada jersi pasukan Liga Perdana Inggeris dan Sepanyol,” katanya.

Turut hadir Timbalan Presiden KFA, Datuk Syed Unan Mashri Syed Abdullah, Naib Presiden KFA Datuk Badrul Hisham Hashim dan Setiausaha Kehormat KFA, Datuk Aminuddin Omar.

Semoga tahun 2018 ini skuad Lang Merah akan beraksi dengan lebih baik dan berdaya saing semasa menghadapi setiap perlawanan Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia terutama sekali pada perlawanan pertama mempertahankan Piala Sumbangsih yang dimenangi tahun 2017 bertemu dengan pasukan JDT di Stadium Larkin pada malam ahad ini. Insyaallah.

#SkuadLangMerah2018
#MuafakatKedah

Leave a comment