KFA Lantik CEO Dan Pengurus Skuad Kedah 2018

Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) melantik Yusdi Madeonus Mohamad Yunus sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Syed Khairul Anuar Syed Abidin sebagai Pengurus Pasukan Bolasepak Liga Super 2018.

“CEO baharu ini akan memperkemas keseluruhan pentadbiran supaya kita dapat memiliki sebuah pentadbiran yang mantap menuju masa hadapan.”

“Dengan pengalaman sektor pentadbiran yang luas ini, saya yakin beliau mampu membawa nama KFA keperingkat yang lebih tinggi selepas ini.”

 

Bagi jawatan pengurus pasukan pula, Syed Khairul Anuar Syed Abidin pernah menjawat jawatan sebagai penolong pengurus pasukan bolasepak Kedah pada tahun 2005 dan berada dalam pengurusan hingga 2012 dan kini menjawat jawatan sebagai Yang Dipertua Pihak Berkuasa Tempatan di Kulim Hi-tech Park (KHTP).

“Syed Khairul merupakan ahli Pegawai Tadbir Negeri Kedah (KCS) dan mempunyai pengalaman luas dalam mengendalikan pasukan bolasepak Kedah kerana pernah berada dalam tugas pengurusan pasukan sebelum ini dan beliau juga berpengalaman bersama Majlis Sukan Negeri Kedah.” Syed Khairul menggantikan Datuk Jefferey Low yang meletak jawatan hujung tahun lalu.

#SkuadLangMerah2018
#Muafakatkedah

Leave a comment