BARAKAH – BERSAMA MASYARAKAT CINA DI TAMAN WIRA MERGONG

Salam Perpaduan, Salam Muafakat Kedah & Salam Negaraku Malaysia

Tengah hari tadi meluangkan masa bersama masyarakat kaum cina di Dewan Kaum Cina, Taman Wira Mergong. Disamping menyampaikan sumbangan kotak BARAKAH, limau mandarin dan pemberian angpau kepada 800 keluarga penerima dalam kawasan DUN Bakar Bata.

Dengan sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan persediaan menyambut Tahun Baru Cina tidak lama lagi. “Kerajaan BN salurkan bantuan tidak mengira musim, jika ada bencana, kita akan sampaikan, ia berbeza dengan bantuan yang diberikan oleh parti pembangkang yang hanya dilakukan lima tahun sekali, iaitu menjelang pilihan raya bagi mendapatkan undi rakyat. Berharap masyarakat Cina tidak menggangap pemberian bantuan sempena Tahun Baharu Cina sebagai ‘dedak’ kerana bantuan seperti itu diberikan setiap musim perayaan.

Bantuan yang disalurkan itu adalah atas permintaaan persatuan-persatuan penduduk sendiri yang mengenal pasti golongan kurang upaya, miskin dan anak yatim di kawasan masing-masing. Ini adalah tanggungjawab kerajaan yang memerintah, namun bantuan yang diberikan itu telah ditiru oleh parti pembangkang. Ini bermakna apa yang dibuat oleh kerajaan BN itu (beri bantuan) adalah betul. Untuk sambutan Tahun Baru Cina ini, sebanyak 50,000 kotak bantuan Barakah diagihkan di seluruh negeri Kedah.

Sebagai contoh sebanyak 3,000 keluarga di tiga Dewan Undangan Negeri, iaitu Bakar Bata, Kota Darulaman dan Alor Mengkudu dalam Parlimen Alor Setar menerima bantuan Tahun Baru Cina itu . Selain bantuan peralatan dapur, mereka juga akan diberikan sekotak limau dan pemberian angpau yang memang sinonim dengan masyarakat kaum cina.

Sebagai Pengerusi BN Kedah meminta masyakarat Cina tidak memilih parti pembangkang pada PRU14 kerana yang rugi adalah mereka sendiri. Beliau yakin masyarakat Cina kini telah sedar bahawa hanya kerajaan BN mampu membantu mereka sepanjang masa dan bukan seperti parti pembangkang yang muncul lima tahun sekali untuk meminta undi.

#BARAKAH
#MuafakatKedah

 

Leave a comment