BARAKAH – BERSAMA MASYARAKAT CINA DI ALOR MENGKUDU

Salam Perpaduan, Salam Muafakat Kedah & Salam Negaraku Malaysia

Bersama masyarakat kaum cina di Dewan Badminton Taman Saga untuk menyampaikan sumbangan kotak BARAKAH, limau mandarin dan pemberian angpau buat 850 keluarga penerima dari kawasan DUN Alor Mengkudu, Alor Setar, yang akan menyambut perayaan Tahun Baru Cina tidak lama lagi.

Dengan sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan persediaan menyambut Tahun Baru Cina tidak lama lagi. “Kerajaan BN salurkan bantuan tidak mengira musim, jika ada bencana, kita akan sampaikan, ia berbeza dengan bantuan yang diberikan oleh parti pembangkang yang hanya dilakukan lima tahun sekali, iaitu menjelang pilihan raya bagi mendapatkan undi rakyat. Berharap masyarakat Cina tidak menggangap pemberian bantuan sempena Tahun Baharu Cina sebagai ‘dedak’ kerana bantuan seperti itu diberikan setiap musim perayaan.

Bantuan yang disalurkan itu adalah atas permintaaan persatuan-persatuan penduduk sendiri yang mengenal pasti golongan kurang upaya, miskin dan anak yatim di kawasan masing-masing. Ini adalah tanggungjawab kerajaan yang memerintah, namun bantuan yang diberikan itu telah ditiru oleh parti pembangkang. Ini bermakna apa yang dibuat oleh kerajaan BN itu (beri bantuan) adalah betul. Untuk sambutan Tahun Baru Cina ini, sebanyak 50,000 kotak bantuan Barakah diagihkan di seluruh negeri Kedah.

Sebagai contoh sebanyak 3,000 keluarga di tiga Dewan Undangan Negeri, iaitu Alor Mengkudu, Kota Darulaman dan Bakar Bakar dalam Parlimen Alor Setar menerima bantuan Tahun Baru Cina itu . Selain bantuan peralatan dapur, mereka juga akan diberikan sekotak limau dan pemberian angpau yang memang sinonim dengan masyarakat kaum cina.

Sebagai Pengerusi BN Kedah meminta masyakarat Cina tidak memilih parti pembangkang pada PRU14 kerana yang rugi adalah mereka sendiri. Beliau yakin masyarakat Cina kini telah sedar bahawa hanya kerajaan BN mampu membantu mereka sepanjang masa dan bukan seperti parti pembangkang yang muncul lima tahun sekali untuk meminta undi.

Dalam masa yang sama beliau turut menjelaskan kepada penduduk yang hadir, sepanjang hampir dua tahun lebih menjadi Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dilihat tidak begitu memperdulikan masalah yang dihadapi penduduk termasuk dalam kawasan Dewan Negeri Alor Mengkudu di sini.

Namun selepas ‘hilang jawatan’ Menteri Besar dan kini berada di dalam parti pembangkang, Mukhriz baharu mula hendak ‘tunjuk muka’ dengan mengajak rakyat menyokong parti pimpinannya, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). Perkara ini diakui oleh Penyelaras Kawasan DUN Alor Mengkudu, Abdul Malik Saad, ketua-ketua cawangan UMNO dan persatuan penduduk di kawasan berkenaan.

Tiada bantuan yang diusahakan kepada penduduk kawasan itu, sebaliknya tugas-tugas menjaga kebajikan rakyat diambil alih oleh UMNO dan parti komponen BN bahagian Alor Setar walaupun kawasan itu dimenangi oleh parti pembangkang. Beliau tidak pernah melawat kawasan itu walaupun ketika berlaku bencana ribut dan banjir apatah lagi lawatan biasa.

“Baru-baru ini kenyataan Mukhriz berasa malu untuk mengaku rakyat Malaysia apabila berada di luar negara. Sepatutnya Mukhriz harus berasa malu kerana gagal mengurus dan menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat semasa menjadi Menteri Besar hampir dua tahun”. Bukannya bermain retorik dan berjanji tinggal janji kepada rakyat.

Sebagai Ketua UMNO Bahagian Alor Setar dan ADUN Bakar Bata berkata, beliau juga hairan kenapa Mukhriz mengabaikan penduduk kawasan Alor Mengkudu. Saya tahu dia tidak pernah melawat Alor Mengkudu ketika menjadi Menteri Besar dulu, Bagaimanapun setelah berada dalam pakatan pembangkang, Mukhriz sibuk pula pergi ke kampung-kampung untuk berjanji kepada rakyat menjelang Pililhan Raya Umum akan datang. Pemimpin seperti ini tidak wajar diangkat sebagai pemimpin rakyat.

Turut menegaskan tentang pandangan seorang dua pemimpin masyarakat Siam yang menyokong parti pembangkang bukanlah mewakili seluruh masyarakat kaum Siam di negeri Kedah. Beliau percaya Masyarakat Siam masih setia bersama UMNO/BN dan kerajaan pimpinan YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Beliau berharap masyarakat Siam perlu berhati-hati dengan janji manis parti pembangkang apabila dekat dengan pilihan raya umum ini. Tetap berkeyakinan bahawa masyarakat kaum Siam masih bersama UMNO dan kerajaan kerana BN yang memerintah sejak lama tidak pernah meminggirkan mereka dalam menikmati pembangunan.

Pelbagai bentuk bantuan yang telah disalurkan kepada perkampungan penduduk keturunan Siam di negeri ini termasuk persekolahan dan rumah ibadat mereka. Mereka juga mempunyai peluang sama rata dengan bumiputera lain termasuk orang Melayu.

“Kerajaan sentiasa memenuhi harapan mereka yang juga bertaraf bumiputera. Cuma ada sedikit sebanyak kawasan yang mungkin tertinggal dan ia akan dipenuhi oleh kerajaan”. Insyaallah.

#BARAKAH
#MuafakatKedah

 

Leave a comment