Tak Perlu Kempen #Undirosak

Kempen #UndiRosak tidak perlu diwujudkan oleh mana-mana pihak kerana ia hanya merugikan semua orang termasuk pengundi sendiri.

Sebaliknya, pihak yang berkenaan perlu mengukuhkan ‘jenama’ parti masing-masing dalam usaha menambat hati pengundi.

“Tak perlu kutuk atau berkempen nak rosakkan undi ini. Jaga jenama parti masing-masing sudah dan selebihnya biar pengundi yang pilih dan tentukan yang terbaik buat mereka.

Kalau undi rosak nanti siapa yang rugi. Kita (BN) tidak pernah ajar pengundi-pengundi untuk rosakkan undi sebaliknya apa yang kita mahukan adalah sifar #UndiRosak,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kompleks Darul Qiyyam di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang kempen Kempen Undi Rosak yang sebelum ini tular di laman sosial dengan menyebarkan mesej dengan tanda pagar #UndiRosak atau #SpoiltVote dan #ProtesPRU.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan pengundi supaya tidak terpengaruh dengan fitnah dan hasutan dibawa pihak yang berusaha untuk menjejaskan perancangan pembangunan kerajaan.

“Mereka yang timbul lima tahun sekali ini suka menghasut. Jangan mudah terpedaya kerana mereka ini ada kepentingan tersendiri sehingga menjejaskan perancangan yang dibuat kerajaan demi kemajuan dan kebajikan rakyat,” katanya.

Sementara itu, mengenai Kompleks Darul Qiyyam itu beliau berkata kompleks itu menempatkan 60 lot kedai menjual pakaian, produk makanan dan kecantikan yang menelan kos RM4.9 juta.

“Kompleks yang mula dibina pada 2014 ini mula beroperasi sejak enam bulan lalu namun hanya 20 lot kedai yang telah beroperasi manakala selebihnya masih belum dihuni peniaga.

Ia terletak kira-kira 500 meter dari Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di sini dan menyediakan pelbagai kemudahan seperti tempat letak kenderaan, tandas awam dan surau,” katanya.

Leave a comment