Pengundi India Jangan Ulangi Kesilapan Memilih Pembangkang

Masyarakat India di Kedah khususnya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau dan Lunas, diminta supaya tidak melakukan kesilapan lagi dengan mengundi pembangkang sebagai wakil rakyat mereka.

Sebagai Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, menegaskan bahawa pada hakikat sebenar, parti pembangkang ternyata telah gagal menjaga kebajikan kaum India khususnya di dua kawasan DUN itu.

Beliau tidak mahu masyarakat India di dua kawasan DUN itu tertipu dengan janji manis pembangkang sedangkan ‘Kelibat’ mereka sebagai wakil rakyat hanya dapat dilihat apabila tibanya musim pilihan raya sahaja.

“Pengundi di dua kawasan itu berkali-kali ditipu pembangkang, apabila mereka berjanji tidak ditunaikan, sampai bila mahu ditipu lagi?

“Kalau berlaku banjir pun tak nampak bayang mereka. Kita dalam BN juga yang turun padang sampaikan bantuan, kemudian barulah mereka turun.

“Jadi kali ini kita harap kaum India di situ memberi peluang kepada BN untuk memenangi dua kawasan itu supaya kebajikan mereka terjaga,”

Beliau turut menyampaikan sumbangan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berjumlah RM900,000 yang diagihkan kepada 48 kuil, 21 badan bukan kerajaan (NGO) dan 59 sekolah India di negeri ini.

Pada masa sama, adalah penting bagi pengundi memilih BN mewakili kawasan mereka supaya peruntukan dapat diperoleh bagi menjalankan pembangunan di DUN masing-masing.

“Begitu juga dengan kaum India kita memerlukan lebih ramai wakil rakyat daripada MIC supaya boleh mewakili kaum India dalam kerajaan,” katanya.

Di Kedah, DUN Bukit Selambau dan Lunas menjadi kerusi tradisi MIC, namun dalam PRU-13 lalu, ia dimenangi pembangkang.

#MuafakatKedah

 

 

 

 

 

 

 

 

Leave a comment