BN KEDAH YAKIN TAMBAH KERUSI DUN, PARLIMEN PRU14

BN Kedah tidak risau dan sudah bersedia disemua peringkat dalam menghadapi pilihan raya kali ini walaupun dikatakan pilhan raya umum ke-14 adalah yang paling sengit berbanding sebelum ini, mengambil kira situasi politik semasa dan asakan bertubi-tubi pembangkang.

Pada kali ini BN Kedah menetapkan sasaran memenangi 28 kerusi daripada 36 Dewan Undangan Negeri, yang sekaligus membolehkan pembentukan kerajaan negeri dengan majoriti melebihi dua pertiga berbanding sekarang yang hanya mempunyai 20 kerusi DUN.

BN Kedah memandang pilihan raya umum ke-14 yang akan diadakan bila-bila masa sebagai persiapan terbaik yang pernah dilakukan berbanding pilhan raya umum yang lepas dan pada masa yang sama menyasarkan kemenangan 12 kawasan Parlimen berbanding 10 yang ada sekarang bagi menyumbang kepada kekuatan kerajaan pusat.

Sebagai Pengerusi BN Kedah, beliau berkeyakinan tinggi dengan gerak kerja yang dilakukan di pelbagai peringkat. Kerajaan BN Kedah akan mampu dipertahankan malah kemenangan yang akan dilakar pasti lebih baik berbanding dengan PRU-13.

Selaku Menteri Besar juga, beliau mahu melihat BN Kedah mempunyai kekuatan meraih bilangan kerusi Dewan Undangan Negeri melebihi majoriti dua pertiga. Kali terakhir BN Kedah memiliki majoriti dua pertiga dalam Dewan Undangan Negeri Kedah adalah pada pilhan raya umum tahun 2004.

Memandangkan saingan kali ini begitu sengit kerana pakatan pembangkang juga sangat mengidam mahu menguasai kembali Kedah, sejak dilantik kembali sebagai Pengerusi BN Kedah pada 2016, beliau memberikan tumpuan yang agresif dalam usaha memperkasakan pengurusan parti di semua peringkat demi kejayaan BARISAN NASIONAL pada PRU14 yang akan tiba tidak lama lagi.

#UndiBNPRU14
#MuafakatKedah

Leave a comment