UMNO KEDAH Perlu Lebih Agresif Mendekati Pengundi

Jentera UMNO Kedah perlu lebih agresif mendekati dan menawan hati pengundi dalam usaha untuk mengukuhkan lagi parti untuk menghadapi pembangkang dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang akan datang.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, YAB Dato’ Seri DiRaja Ahmad Bashah Md Hanipah berkata jentera parti tidak sepatutnya berpuas hati dan perlu bekerja keras untuk memenangi hati rakyat jika mahu Barisan nasional meneruskan pentadbiran kerajaan negeri.

“Walaupun parti kita matang dan mempunyai pengalaman, keadaan dalam setiap pilihan raya umum berbeza dan itulah sebabnya kita memerlukan jentera yang teguh dan mantap”.

“Saya yakin bahawa apa yang kita lakukan dan akan dilaksanakan akan dinilai oleh rakyat dan diharapkan rakyat akan terus menyokong kerajaan Barisan Nasional,” tegas Ahmad Bashah, yang juga Menteri Besar Kedah, ketika menyerahkan basikal kepada 500 pelajar dari lapan sekolah di dalam DUN Bakar Bata dan Kota Darulaman.

Beliau juga mahukan ahli-ahli UMNO di semua peringkat menyelesaikan masalah dalaman dengan baik kerana perpaduan adalah prasyarat untuk kejayaan parti, terutamanya dalam PRU14.

#UMNO
#BarisanNasional
#MuafakatKedah

Leave a comment