DAULAT TUANKU – HARI KEPUTERAAN SULTAN KEDAH

DAULAT TUANKU

Merafak Sembah Serta Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah Bersempena Dengan Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Sultan Kedah Darul Aman yang ke-76.

Pembangunan negeri Kedah adalah seimbang dari segi fizikal dan sahsiah di bawah naungan Baginda Tuanku Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Ibni Sultan Badlishah. Kerajaan negeri mampu mengorak langkah yang lebih cemerlang untuk mencapai kemajuan yang diidamkan bersama.

“Di pihak kerajaan, banyak perkara yang perlu dilakukan terutamanya untuk melaksanakan intipati Bajet 2018 sama ada di peringkat negeri dan persekutuan.

“Justeru, sukalah patik memperihalkan bahawa Kedah kini berada di landasan terbaik hasil daripada asas pembangunan yang dirangka bukan sekadar membabitkan pembangunan fizikal semata-mata tetapi turut diseimbangkan dengan pembangunan sahsiah dan spiritual,” katanya.

Cabaran mengurus negeri ini menjadi semakin getir dan mencabar. “Patik bertanggungjawab memastikan negeri ini akan terus menempa lebih banyak kejayaan dengan berteraskan pemuafakatan antara rakyat dan kerajaan.

“Atas tanggungjawab yang dipikul, patik berazam untuk memacu Kedah supaya terus maju dan bersaing dengan negeri yang lebih maju di rantau ini”.

DYMM Sultanah Kedah, Sultanah Maliha Tengku Ariff mendahului senarai tiga kerabat yang menerima penganugerahan Darjah Kebesaran serta gelaran sempena Hari Keputeraan ke-76 Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.

Baginda Sultanah Maliha dianugerahkan Darjah Kerabat Kedah (DK) dalam Istiadat Pengurnian Darjah-darjah Kebesaran di Istana Anak Bukit.

Menerusi istiadat sama, Sultan Sallehuddin turut berkenan mengurniakan Darjah Seri Paduka Mahkota Kedah (SPMK) kepada Raja Puan Muda Kedah, Che Puan Muda Zaheeda.

Baginda juga berkenan mengurniakan gelaran Che Puan Besar Kedah kepada Datuk Seri Utama Hajah Haminah dalam istiadat berkenaan.

Baginda Sultan Sallehuddin dimasyhurkan sebagai Sultan Kedah ke-29 pada 12 September lalu, menggantikan almarhum kekanda baginda Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, yang mangkat.

Baginda Sultan Kedah sebelum ini turut berkenaan menerima Darjah Kebesaran (DK) dari beberapa negeri lain iaitu DK Kelantan pada 30 September lalu, diikuti DK Johor pada 30 Oktober lalu dan DK Perak pada 5 Disember lalu.

#MuafakatKedah

Leave a comment