PROGRAM SETULUS KASIH TANGGUNGJAWAB SOSIAL

Hari ini hadir ke majlis menyampaikan sumbangan sebanyak 500 buah basikal Program Tanggung Jawab Sosial(CSR) yang telah disumbangkan dari orang perseorangan dan syarikat-syarikat korperat kepada 8 Sekolah didalam DUN Bakar Bata dan DUN Kota Darul Aman.

Antara sekolah yang menerima sumbangan ialah Sek Keb Taman Uda, Sek Keb Seri Perdana,Sek Keb Seberang Perak,Sek Keb Mergong,Sek Keb Jalan Pegawai,Sek Keb Sri Amar DiRaja,Sek Keb Sg.Korok Lama dan Sek Keb Suka Menanti.

Pemilihan golongan yang layak menerima sumbangan basikal berdasarkan taraf hidup (Kurang Berkemampuan) telah dibuat oleh pihak pengurusan sekolah-sekolah yang terlibat.

Kehadiran, Haji Rozaini bin Ahmad, Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Kedah mewakili Pengarah Pendidikan Negeri Kedah.

#MuafakatKedah

 

 

 

Leave a comment