KFA Bakal Wujudkan Jawatan CEO

Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) akan melantik seorang Ketua Pegawai Eksekutif dalam persatuan itu sejajar dengan hasrat menswastakan pentadbiran KFA menjelang 2020.

Sehingga kini calon untuk mengisi jawatan itu sedang diteliti dan akan diumumkan dalam Majlis Pelancaran Jersi Musim 2018 pada pada 24 Jan ini di sini, bersama-sama dengan pengumuman pengurus pasukan Kedah yang baharu.

“Tugas CEO ini lebih (kepada) pengurusan KFA, bertanggungjawab menguruskan persatuan secara lebih teratur dan sistematik,”

Bahawa individu yang akan dilantik tersebut adalah orang tempatan dan berkaliber yang akan berperanan untuk memastikan perjalanan pengurusan dan pentadbiran serta hal ehwal penjualan tiket berjalan lancar.

Pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Nov tahun lalu, KFA mempunyai hasrat untuk menswastakan kelab induk bola sepak tersebut menjelang 2020, namun masih belum mempunyai kemampuan untuk merealisasikannya.

Menyerahkan sepenuh kepercayaan kepada Ketua Jurulatih, Ramon Marcote untuk memilih seorang lagi pemain import bagi mengisi kuota ASEAN sebelum sepak mula Liga Malaysia pada 3 Feb nanti.

Sehingga kini, Kedah telah berjaya mengisi kuota antarabangsa dan Asia membabitkan Pablo Pallares dan Alvaro Silva serta mengekalkan pemain import sensasi kelahiran Kosovo, Liridon Krasniqi dan Sandro Da Silva Mendonca dari Brazil.

Beberapa nama pemain dari Indonesia dan Vietnam sedang diteliti, namun perbincangan mengenai beberapa perkara termasuk gaji masih berjalan sebelum tawaran kontrak dibuat.

Leave a comment