SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BAHARU 2018

Tahun 2017 telah berlalu dan kini akan menempuh cabaran baharu dengan bermulanya tahun 2018. Tahun 2017 merupakan tahun gemilang bagi Negeri Kedah Darul Aman. Pelbagai kejayaan telah kita kecapi dan lakar bersama dimana ia menjadi mercu kejayaan buat rakyat Kedah khususnya bagi Negeri Kedah Darul Aman.

Sebagai Menteri Besar Negeri Kedah Darul Aman, saya mengucapkan selamat menyambut tahun baharu 2018 kepada semua rakyat Malaysia amnya dan rakyat kedah khususnya. Semoga hari-hari mendatang membawa banyak kejayaan dalam pelbagai bidang kepada kita semua, berkat permuafakatan dikalangan rakyat ditahun baru nanti.

Kepada seluruh rakyat Negeri Kedah, Kerajaan Negeri menyediakan dan merangka pelbagai program bagi meningkatkan sosio ekonomi rakyat.

BAJET 2018 yang bertema “Menerus Kemajuan Menzahir Impin” akan memastikan strategi meningkatkan keadilan sosial dan kesejahteraan rakyat menerusi falsafah “Bajet Mudah Dilaksana, Manfaat Dikongsi Bersama”, meransang serta mempelbagai asas ekonomi negeri sebagai persediaan menuju masa hadapan, dan memastikan momentum pembangunan dan kemajuan yang seimbang serta berimpak tinggi dapat dicapai melalui langkah yang praktikal dan dasar yang boleh dicapai.

Marilah kita sama-sama berusaha keras untuk mencapai apa yang kita idam-idamkan. Sesungguhnya Kerajaan Negeri amat perihatin untuk melihat rakyat Negeri Kedah maju dan makmur dan barakah. Selain itu saya ingin menyampaikan mesej yang jelas kepada seluruh rakyat Negeri Kedah di semua peringkat dan lapisan supaya bermuafakat menuju kejayaan bersama.

Teruslah memberi sokongan dan dokongan kepada kerajaan demi masa depan bersama. Bersama menolak amalan fitnah yang hanya merosakkan negara. Jangan mudah terpedaya dengan tipu helah pihak tidak bertanggung jawab yang hanya mahu menjatuhkan dan merosakkan keharmonian negara.

Cintailah ibu pertiwi dengan sepenuh hati kerana disinilah tempat tumpahnya darah kita.

Semoga Kedah terus maju. Selamat Tahun Baharu 2018

YAB Dato’ Seri DiRaja Ahmad Bashah Md Hanipah

Menteri Besar Kedah Darul Aman

#MuafakatKedah

Leave a comment