Program Gerak Nikmat Kembali Ke Sekolah (GENIUS) 2017

Salam perpaduan, Salam Muafakat Kedah & Salam Negaraku Malaysia.

Program Gerak Nikmat Kembali Ke Sekolah (GENIUS) yang diwujudkan  pada tahun 2016 diteruskan lagi kesinambungannya pada tahun ini.

Hari ini bertempat di Dewan Seri Mentaloon, Kediaman Menteri Besar Kedah berlangsung Majlis Menyampaikan Peralatan Persekolahan untuk kawasan Parlimen Alor Setar. Program Kembali Ke Sekolah ini juga telah dilangsungkan diseluruh negeri Kedah sebelum persekolahan dibuka pada 2 Januari 2018.

Berkesempatan menyampaikan peralatan sekolah kepada 500 penerima dikawasan Parlimen Alor Setar terdiri dari pelbagai masyarakat. Dalam masa yang sama turut berbesar hati mengumumkan skim Tabung RM 100 dari Kerajaan negeri buat semua murid tahun satu yang mula menjalani alam persekolahan seluruh negeri Kedah. Skim Tabung tersebut merupakan berbentuk Simpanan SSPNi dan akan disediakan mengikut DUN yang diberi tanggung jawab menyeliakan Skim tersebut.

Selamat menjalani alam persekolahan buat semua anak-anak Kedah. Masa depan bermula dari sekarang. Belajarlah bersungguh-sungguh demi membalas jasa ibu bapa dan menjadi anak-anak yang mempunyai visi untuk masa depan Negaraku Malaysia.

#GENIUS2017
#MuafakatKedah

Leave a comment