KERAJAAN NEGERI KOMITED SELESAI ISU AIR

Pastikan keperluan 560,000 akaun pengguna dipenuhi secara holistik.

 “Kita tak mahu lagi ada rakyat terbeban dengan gangguan bekalan air atau susah akibat tekanan air rendah, jadi kita pilih jalan buat pinjaman dengan kerajaan Persekutuan supaya isu dihadapi dapat selesai segera”.

Isu bekalan air yang diakui antara mimpi ngeri rakyat Kedah, khususnya di pedalaman dan lokasi bertekanan rendah, antara tumpuan utama kerajaan negeri untuk diatasi sepenuhnya, menerusi pelbagai inisiatif yang dirangka dalam pembangunan aset air.

Inisiatif strategik melalui suntikan peruntukan pinjaman Kerajaan Persekutuan melebihi RM2.3 bilion, membuktikan komitmen kerajaan negeri dalam memastikan keperluan keseluruhan 560,000 akaun pengguna Syarikat Air Darul Aman (SADA) selaku syarikat utiliti air negeri, dipenuhi secara holistik.

Pembangunan aset air menyeluruh antara bukti pihaknya komited menyelesaikan bebanan isu berkaitan bekalan air di Kedah dan kerajaan negeri berterima kasih kepada Kerajaan Persekutuan yang prihatin membantu dalam mendepani isu berkenaan melalui suntikan peruntukan pinjaman untuk melaksanakan projek jangka masa panjang dan pendek.

Kerajaan negeri bersama SADA mengambil pelbagai inisiatif meliputi usaha menaik taraf loji sedia ada, penggantian paip berkala, kecekapan pengurusan agihan bekalan, tindakan tangkas melayani aduan pengguna serta peningkatan produktiviti tenaga kerja dan itu semua untuk merungkai isu berbangkit yang sekian lama dihadapi pengguna.

“Kita tak mahu lagi ada rakyat terbeban dengan gangguan bekalan air atau susah akibat tekanan air rendah, jadi kita pilih jalan buat pinjaman dengan Kerajaan Persekutuan supaya isu dihadapi dapat selesai segera.

Mohon Pinjaman

“Pinjaman dibuat kerajaan negeri penting bagi memastikan aset air negeri siap sebelum memindahkan pengurusannya kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) yang akan menjadi penyelesaian muktamad kepada isu air di Kedah. Soal pinjaman tak perlu risau kerana kita mungkin runding kemudian supaya dapat ditukar kepada geran peruntukan,” katanya.

Kedah memohon peruntukan pinjaman melebihi RM2.2 bilion untuk melaksanakan membangunkan aset air negeri termasuklah RM1.2 bilion untuk pelaksanaan projek Jeniang Transfer dan empangan Naok yang akan membabitkan kawasan sekitar Sik dan Pendang, bagi mengelak negeri berdepan masalah bekalan air menjelang 2025.

Selain itu, RM1 bilion lagi pinjaman diambil Kedah untuk menaik taraf lima Loji Rawatan Air (LRA) iaitu Pelubang, Jenun Baru, Bukit Selambau, Sungai Limau dan Lubuk Buntar Lama, yang mana semuanya bermatlamatkan menyediakan kemudahan infrastruktur bekalan air terawat mencukupi, selamat dan bersih kepada penduduk di Kedah khususnya di luar bandar.

Mengenai pembangunan Loji Sungai Santap di Pokok Sena bernilai RM68 juta, yang turut dibangunkan hasil pinjaman peruntukan Kerajaan Persekutuan, Ahmad Bashah berkata kapasiti pembekalan 30 juta liter padu sehari membantu memuktamadkan penyelesaian isu bekalan air terawat ke Pokok Sena dan Pendang utara.

“Melalui projek ini air terawat dari LRA Pelubang dan Bukit Pinang yang selama ini menampung keperluan berlebihan, dapat dimanfaatkan sepenuhnya untuk pengguna di daerah Kota Setar.

“Kesan pembangunan ini, isu berpanjangan seperti tekanan air rendah, bekalan yang kurang mencukupi di kawasan ‘hujung’ bekalan seperti Kuala Kedah dapat menemui jalan penyelesaian lebih baik dan dalam jangka masa panjang, jaminan simpanan sumber air mentah terawat negeri pula dapat dipertahankan untuk memenuhi keperluan harian dan pertanian”.

Ketua Pegawai Operasi SADA, Ir Ismail Mohd Zain berkata, selain pembinaan LRA baharu di Pokok Sena, pihaknya turut menumpukan kepada pelaksanaan agihan semula dan sistem pam di kawasan yang mempunyai tekanan rendah, RM1.2 bilion – Menteri Besar Kedah selain mengguna pakai semula tangki lama dan menaiktaraf LRA sedia ada bagi memastikan kirakira 560,000 akaun pelanggannya mendapat perkhidmatan terbaik.

Masalah Tekanan Air Rendah

“Melalui inisiatif berkenaan, kita sudah mencapai 98 peratus penyampaian perkhidmatan daripada keseluruhan jumlah akaun itu. Bagi kawasan ‘hot spot’ yang mengalami gangguan bekalan air akibat tekanan rendah, SADA meletakkan sasaran untuk menyelesaikannya dalam tempoh setahun dan sehingga kini, kita mengenal pasti beberapa lokasi iaitu di Padang Terap, Pendang dan sebahagian Alor Setar yang memerlukan perhatian khusus.

“Apa yang penting kita mahu kurangkan kebergantungan kepada lori tangki daripada kontraktor luar untuk membekalkan air ke kawasan bermasalah ini. Kita dah berjaya kurangkan kebergantungan sebanyak 50 peratus dan sehingga kini kita mempunyai 19 lori tangki bagi menghantar bekalan air ke kawasan bermasalah,”.

Mengenai LRA Pokok Sena yang mula beroperasi seminggu lalu, Ismail berkata, ia berjaya menyelesaikan masalah bekalan air terhadap 63,000 penduduk di daerah itu dan maklum balas positif turut diterima khususnya di kawasan yang sering terjejas bekalan seperti di Bukit Tembaga dan Kebun 500.

Inisiatif sistem agihan semula dan sistem pam air dari tangki untuk disalurkan terus ke paip berjaya menyelesaikan masalah bekalan air di puluhan kampung di sekitar Padang Terap.

Info : Pembangunan Aset Air Kedah
> RM 1.2 Billion – Jeniang Transfer dan Empangan Naok.
> RM 1 Billion – Naik taraf 5 LRA – Pelubang, Jenun Baru, Bukit Selambau, Sungai Limau dan Lubuk Buntar Lama.
> RM 68 Juta – Pembangunan Loji Sungai Santap.
> RM 5.54 Juta – Projek bekalan air luar bandar.

> Inisiatif Berkaitan Bekalan Air Kedah
– Bil air pengurusan 20 meter kubik ke bawah bagi pengguna domestik ditanggung sepenuhnya kerajaan negeri dengan 221,000 akaun menerima manfaat.
– Kemudahan pembayaran bil air di pejabat POS dikembalikan dengan penjimatan pengurusan kos kepada SADA RM 390,000 sebulan.

> SADA
– 35 LRA dimiliki dengan kemampuan menyalurkan 1,274 juta liter bekalan air sehari.
– 578,000 akaun membabitkan 519,000 domestik dan bakinya bukan domestik.

#BAJET 2018 – MENERUS KEMAJUAN MENZAHIR IMPIAN

#RahmatMuafakatKedah
#MuafakatKedah

Leave a comment