KEDAH TERUS ASUH AKAR UMBI

“KFA adalah Persatuan negeri pertama menjalin kerjasama dengan Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) bagi membangunkan bola sepak remaja di negeri ini dan ia penting untuk menaikkan semangat penyokong bola sepak Kedah terutamanya bakat muda”.

Kedah yang terkenal dengan jolokan skuad Hijau Kuning, terbukti antara pasukan gah dalam industri bola sepak Negara terutama dengan rekod sebagai satu-satunya pasukan yang melakar tiga kejuaran berganda atau double –treble pada 2007 dan 2008.

Kejayaan skuad kedah sejak sekian lama bukan calang-calang, malah terdetik daripada komitmen tinggi pembangunan skuad di peringkat akar umbi yang sentiasa diberi keutamaan oleh persatuan bola sepak (KFA).

Kini komitmen itu diperingkatkan ke tahap lebih tinggi dengan Pembangunan Akamdemi Dato Ahmad Basri (ADAB) yang mana penubuhan pada 11 Oktober 2016, dianggap membuka lembaran baharu dalam program pembangunan bola sepak bukan sahaja untuk kedah, sebaliknya turut berperanan sebagai platform melahirkan pemainan berbakat untuk Negara.

Presiden KFA, Datuk Seri DiRaja Ahmad Bashah Md Hanipah, berkata hasrat utama penubuhan ADAB untuk melatih bakat dalam sukan bola sepak negeri kedah, selain usaha sebagai satu indisti dan laluan kejayaan.

“KFA adalan persatuan negari pertama menjalinkan kerjasama dengan program pembangunan bola sepak Negara (NFDP) bagi membangunkan bola sepak remaja di negeri ini dan ia penting untuk menaikan semangat penyokong bola sepak terutamanya bakat muda”.

“Saya yakin kita dapat menyediakan pemain pelapis berbakat besar. Kedah sangat memerlukan bantuan sentuhan daripada Kementerian Belian dan Sukan (KBS) terutamanya sekali dalam sukan bola sepak dan rancang kerajaan negeri sendiri, kami mewujudkan ADAB untuk memberi suntikan kepada anak-anak muda di Kedah”.

Penubuhan ADAB disambut baik apabila 4,500 bakat anak muda dari seluruh kedah berusia seawal 7 tahun hingga 17 tahun tampil mencuba nasib pada oktober tahun lalu, untuk mengisi 1,200 tempat ditawarkan disembilan pusat latihan akademi sekali gus memberi petanda positif kepada industri bola sepak Kedah.

Pengerusi jawatankuasa Belia dan Sukan Kesenian dan Kebudayaan, Pembangunan insan negeri,YB Datuk Aminuddin Omar, berkata kerajaan negeri menyasarkan tempoh lima tahun bagi melihat keberhasilan penubuhan ADAB dalam melahirkan pemain bola sepak pelapis di Kedah

Kerjasama cungkil bakat

Sehingga kini, katanya ADAB bekerjasama dengan NFDP dalam mencungkil bakat pemain cilik berusia antara 13 hingga 17 tahun, selain berkolaborasi dengan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dalam mengenal pasti pemain cilik berbakat dengan semua bakat dilatih di lima sekolah di sekitar Alor Setar, Kubang Pasu dan Sungai Petani.

“Kita bekerjasama dengan NEPD seperti disarankan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) supaya negeri memberi penekanan untuk menggilap bakat baharu, Focus ADAB bukan sahaja gilap bakat baharu, teetapi turut mempunyai semangat jati diri dan integriti.

“Untuk masa depan kita merancang membina pusat khusus untuk ADAB sebagai lokasi latihan pemain berbakat ini dan kita sedang mengintai lokasi di Stadium Sultan Abdul Halim di Jalan Suka Menanti, di sini, namun ia memerlukan sedikit masa untuk merealisasikan,” katanya yang juga Setiausaha Kehormat KFA.

Penyelaras ADAB, Khamal Idris Ali, yakin akademi itu mampu berperanan sebagai pengeksport modal insan berkaliber dalam sukan bola sepak, malah lebih penting dapat memastikan Kedah tidak akan pernah ketandusan bakat dari segi pembangunan program bola sepak untuk masa hadapan.

“ADAB yang mempunyai 1,200 pelatih terbahagi kepada dua sektor iaitu Tunas membabitkan Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Layar di Sungai Petani, SK Iskandar di Alor Setar dan SK Jitra di Kubang Pasu.

“Bagi sektor kedua iaitu Pusat Latihan Daerah (PLD) ia meliputi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mergong di Alor Setar, SMK Khir Johari di Sungai Petani, SMK Pulau Nyior di Kubang Pasu, SMK Syed Ahmad di Kuala Nerang dan SMK Tunku Putra di Langkawi.

“Selepas pemilihan dan penemuan bakat diperoleh, mereka akan ditempatkan di SMK Tunku Anum Tunku Abdul Rahman di Jitra dan ini membolehkan usaha mengasah bakat diteruskan, sekali gus melahirkan pemain professional,” katanya yang juga Pengerusi Jawatankuasa dan Pembangunan Bila Sepak Belia Kedah.

Timbalan Presiden Hijau Kuning Fan Club, Izzali Ismail turut berkata, Penubuhan ADAB membuktikan kesungguhan KFA meneruskan legasi kejayaan skuad Hijau Kuning dan sistem yang akan dilaksanakan diyakini mampu melahirkan pemain bola sepak yang mencapai standard serta kualiti dimahukan industri”.

Info :
> ADAB Ditubuhkan Pada 11 Oktober 2016, Kedah negeri pertama jalin kerjasama dengan Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP).

> Sudah Melatih Kira-Kira 1,000 bakat baharu di Kedah sebagai tenaga pelapis.

> Nama ADAB Didedikasi buat bekas Pengurus Kedah, Allahyarham Datuk Ahmad Basri Akil, yang dianggap Bapa Pembangunan Bola Sepak Kedah.

LANG MERAH TETAP GAH

#BAJET 2018 – MENERUS KEMAJUAN MENZAHIR IMPIAN

#BolaSepakKedah
#RahmatMuafakatKedah
#MuafakatKedah

Leave a comment