Tahniah Dewan Perhimpunan Cina Kedah

Salam Perpaduan, Salam Muafakat Kedah dan Salam Negaraku Malaysia.

Menyantuni jemputan meraikan Majlis Ulangtahun ke 31 Dewan Perhimpunan Cina Kedah yang di adakan di Jalan Tg Bendahara Alor Setar. Majlis tersebut turut dihadiri YB Leong Yong Kong Exco Kerajaan Negeri Kedah, YBhg Dato’ Cheng Lai Hock Presiden Perhubunganan Dewan Perhimpunan Cina Kedah serta Y.Bhg Tan Sri Dato’ Seri Pheng Yin Huah Presiden Perhubungan Pertubuhan Cina Malaysia.

“Diatas kesempatan ini turut mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada pertubuhan ini kerana dapat membangunkan masyarakat cina. Dewan Perhimpunan Cina ini dapat menjadi jambatan penghubung antara kerajaan dengan masyarakat cina walaupun terdapat NGO yang lain, tetapi Dewan Perhimpunan Cina ini tetap menjadi penaung yang terbaik untuk kaum cina. Dengan kejayaan pertubuhan ini masyarakat cina lebih hormati”.

Dalam masa yang sama turut menegaskan bahawa Kerajaan Kedah sedia membantu semua kaum kerana kerajaan inilah yang mewakili rakyat serta sentiasa bertanggungjawab demi keselesaan rakyat dan meyakinkan seluruh masyarakat bahawa kerajaan ini mampu menjaga semua bangsa. Oleh yang demikian rakyat Kedah seramai 2.2 juta perlu bekerjasama dan berganding bahu dan saling percayai dengan menerapkan semangat kemuafakatan dalam kehidupan masyarakat majmuk seperti sekarang demi menuju kemajuan yang diidamkan.

#MuafakatKedah

Leave a comment