Lawatan Naziran Ke PDM Parlimen Baling

Salam Perpaduan, Salam Muafakat Kedah dan Salam Negaraku Malaysia.

Hari ini meluangkan masa bersama Naziran UMNO Bahagian Alor Setar melakukan lawatan ke UMNO Bahagian Baling di Pusat Penyelaras Parlimen sempena Program Penaziran Pusat Daerah Mengundi Parlimen Baling yang diadakan di Kompleks Rakan Muda, Baling.

 

Antara program lawatan naziran ke Pusat Daerah Mengundi Parlimen Baling di PDM Kpg Jawa, Kuala Ketil.

 

Antara program lawatan naziran ke Pusat Daerah Mengundi Parlimen Baling di PDM Lubuk Kabu, Kuala Pegang.

Bersama Naziran UMNO Bahagian Alor Setar Menyantuni undangan ke Majlis Walimatulurus Abg Osman Bin Abdullah sekeluarga di Kg Sungai Limau, Baling. Semoga pasangan pengantin kekal bahagia hingga ke jannah.

Bersama Naziran UMNO Bahagian Alor Setar, turut menyantuni undangan Walimatulurus ke rumah saudara Jasnizam bin Husni @ Johari di Kpg Lebai Saman, Kuala Nerang. Semoga pasangan pengantin kekal bahagia hingga ke jannah.

#MuafakatKedah

Leave a comment