Kunjungan Muafakat Pemain Lang Merah

Menerima kunjungan Muafakat pemain pasukan Kedah dipejabat saya petang tadi. Sambil berbual santai sempat juga memberi pandangan dan nasihat buat pemain agar meneruskan momentum persefahaman dan semangat Lang Merah bagi menghadapi saingan Liga Super yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Terima kasih juga buat pemain-pemain pasukan Kedah @Lang Merah diatas sokongan kepada saya  sebagai Presiden KFA dan bersama-sama mengembalikan kegemilangan pasukan Kedah kearah pasukan yang lebih berjaya dan digeruni pasukan lawan dalam saingan Liga Malaysia.

#LangMerahTetapGagah
#MuafakatKedah

Leave a comment