Meraikan Pendidik Dan Sukarelawan Senior

Petang tadi saya menghadiri Majlis Meraikan Para Pendidik dan Sukarelawan Senior Masyarakat Cina, India dan Siam Negeri Kedah bertempat di Dewan Kenanga, Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah.

Majlis ini diadakan bagi mengenang jasa bakti pendidik dan sukarelawan Cina, India dan Siam yang telah menabur bakti lebih 20 tahun kepada masyarakat.

Demi mencapai kejayaan pada hadapan, kita perlu mencorakkannya dari sekarang. Semua ini memerlukan pengorbanan dan tunjuk ajar secara berterusan dari warga pendidik dalam memberikan ilmu kepada anak-anak kita agar mereka dapat mengharungi dan berjaya mengapai kejayaan yang diidamkan.

Suka saya mengimbau kembali ke era 50an sewaktu pasca Merdeka dikala negara kita masih kekurangan tenaga pendidik dan sumber kewangan dalam usaha memberi ilmu kepada anak bangsa. Namun atas kegigihan kepimpinan terdahulu mengatasi kekurangan tersebut, serta daya usaha warga pendidik yang menyemai ilmu tanpa mengenal erti penat jerih. Kini negara kita mampu mengubah corak kehidupan rakyat secara drastik sebagaimana yang kita dilihat dan lalui sekarang.

Beribu ribu golongan profesional dapat dilahirkan. Peranan yang dibuat tuan-tuan dan puan-puan sebagai warga pendidik amat saya hargai kerana berjaya mendidik golongan ini sehingga mengharumkan nama negara ke persada dunia. Disebabkan itulah kita perlu bersyukur dengan kemajuan dan kejayaan yang kita perolehi hari ini.

Dalam majlis ini juga saya turut menyampaikan sumbangan kepada Sekolah Menengah Keat Hwa(Persendirian) Alor Setar, Sekolah Menengah Sin Min (Persendirian) Sungai Petani, dan Sekolah Menengah Sin Min (Persendirian) Alor Setar sebanyak RM60 000 bagi setiap sekolah.

#MuafakatKedah

Leave a comment