CHILLEX

Chillex@Sembang Santai Bersama Rakan Media Sosial

Salam Perpaduan & Salam Muafakat Kedah

Terima Kasih buat semua rakan-rakan media sosial saya yang hadir di sembang santai Chillex Bersama YAB Menteri Besar Kedah Dan Rakan Media Sosial yang diadakan di Kediaman Seri Mentaloon petang tadi. Saya hargai dan saya ucapkan terima kasih sekali lagi kerana menyokong dan membantu saya menepis dakyah dan fitnah yang dilontarkan pihak yang tidak bertanggung jawab di laman-laman facebook, tweeter dan sebagainya. Anda semua sahabat setia saya dimedan peperangan maya. Saya amat hargai jasa rakan-rakan media sosial Ahmad Bashah.

Biarpun sebelum majlis bermula, hujan turun membasahi bumi Alor Setar, kehadiran rakan-rakan media sosial saya tetap hadir meriahkan majlis tersebut. Anda semua terbaik dan saya cukup teruja dan bersemangat serta memberikan nasihat yang cukup berharga buat rakan-rakan media sosial beliau yang hadir.

Majlis tersebut turut diserikan dengan gelagat serta lawak dari Mazlan Pet pet yang menjadi juruacara pada majlis tersebut. Sepanjang majlis tersebut saya berkongsi pengalaman bersama rakan-rakan yang hadir.

Dimajlis tersebut juga diadakan pelancaran portal rasmi MB Kedah www.ahmadbashah.com dan turut melancarkan Ahmad Bashah Club.

Turut hadir Y.Bhg Datin Seri Hizam Awang Ahmad dan Setiausaha Politik MB Kedah, Dato’ Shaiful Hazizy Zainol Abidin.

Kehadiran rakan-rakan media sosial dari Pulau Pinang, Perlis dan juga dari Kuala Lumpur turut bersama-sama dengan para penggiat media sosial tempatan di majlis bersembang santai bersama saya petang tadi. Terima kasih sekali lagi diatas penganjuran majlis Chillex sembang santai bersama para penggiat media sosial yang cukup meriah. Insyaallah berjumpa lagi dimasa akan datang.

Chillex Santai

Flickr Album Gallery Powered By: Weblizar

Leave a comment