Tuanku Sultan Kedah Terima Darjah Kebesaran Johor

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh…
Ampun Tuanku beribu-ribu ampun, sembah patik mohon di ampun.

Patik dengan penuh takzimnya bagi pihak Kerajaan Negeri Kedah, para penjawat awam serta seluruh rakyat, menjunjung sembah tahniah kepada Tuanku di atas Penganugerahan Darjah Kerabat Johor Yang Amat DiHormat Pangkat Pertama (D.K. I) oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Johor kepada Tuanku.


Patik sekalian berdoa semoga Tuanku berserta Tuanku Sultanah terus berada dalam kerahmatan Allah SWT, kekal bersemayam di atas Takhta Kerajaan Negeri Kedah dengan segala kemuliaan.
Ampun Tuanku.

#DaulatTuanku
#MuafakatKedah

Leave a comment