Internship Mahasiswa Anak Negeri (I.M.A.N 2.0) 2017

Majlis Penempatan Dan Penyerahan Watikah Perlantikan Internship Mahasiswa Anak Negeri – IMAN 2.0 telah disempurnakan di Bilik Jamuan Block E, Wisma Darul Aman petang tadi.

Syabas kepada 50 anak muda (Mahasiswa) yang terpilih menyertai IMAN 2.0. Gunakan peluang ini sebaiknya untuk menimba pengetahuan dan pengalaman. Selamat menjalani Internship.

Tiada siapa dapat menyangkal kenyataan bahawa generasi muda hari ini merupakan pelapis kepada kepemimpinan sedia ada yang bakal menentukan jatuh bangunnya sesebuah negara dan negeri pada masa akan datang.

Menyedari hakikat itu, saya sebagai ketua kerajaan negeri telah mengambil langkah ke depan dengan sentiasa berusaha memenuhi kehendak serta keperluan mahasiswa akan datang.

Bukan ‘menatang’ jauh sekali memanjakan sehingga dikhuatiri merosakkan golongan muda itu, sebaliknya apa yang dilakukan hanyalah usaha seorang bapa untuk memberi layanan terbaik kepada anak-anak supaya berusaha lebih kuat untuk mencapai kejayaan pada masa akan datang.

Dari aspek pelajaran, seramai 1,800 pelajar di negeri ini terdiri daripada anak-anak yang datang daripada keluarga kurang berkemampuan, menerima tuisyen percuma sepanjang tahun ini.

Mereka yang memilih aliran agama juga tidak dilupakan. Buktinya, sebanyak 18 sekolah agama rakyat (SAR) yang berdaftar di negeri ini telah pun menerima sumbangan berjumlah RM2.1 juta.

Kepada mereka yang sukakan sukan lasak terutamanya aktiviti bermotor, tidak lama lagi tidak perlu menggadai nyawa berlumba di jalan raya kerana sebuah litar lumba sedang dalam proses untuk disiapkan di Bandar Amanjaya, Merbok.

Untuk mahasiswa yang mahu mencari pekerjaan pula, program Internship Mahasiswa Anak Negeri (IMAN) yang mula diperkenalkan pada tahun lalu kini memasuki edisi kedua dengan pelbagai penambahbaikan dibuat terhadapnya.

Program yang diilhamkannya dengan kerjasama Persatuan Siswa Aman Makmur (Ansar) itu diyakini mampu mencungkil bakat-bakat pemimpin muda dalam kalangan mahasiswa.

“Berbanding cuma 25 tempat yang ditawarkan pada tahun lalu, program IMAN kali ini bakal memberi ruang kepada 50 peserta. Perbelanjaan untuknya turut ditambah daripada RM225,000 tahun lalu kepada RM490,000 tahun ini.

“Saya difahamkan terdapat 408 calon telah disenarai pendek untuk ditemuduga. Saya yakin sambutan menggalakkan ini hadir setelah mereka melihat sendiri kejayaan diperoleh para peserta tahun lalu,”

Secara tidak langsung diharap dapat memastikan kefahaman terhadap dasar kerajaan negeri terpahat di hati sanubari anak-anak muda Kedah.

Program ini bagi saya amat berjaya kerana tahun lalu, seramai 15 daripada 25 peserta ditawarkan untuk terus bekerja dengan agensi serta badan kerajaan terlibat.

Lima daripadanya bagaimanapun menolak kerana menerima tawaran lebih baik di tempat lain, selain menyatakan hasrat untuk menyambung pelajaran sementara 10 lagi kekal bersama kita sehingga hari ini,”.

Image may contain: 7 people, people smiling, people standing

Image may contain: 5 people, people smiling, people standing

Image may contain: 5 people, people smiling, people standing and text

Image may contain: 6 people, people smiling, people standing and text

Image may contain: 4 people, people smiling, people standing and text

Image may contain: 7 people, people smiling, people standing and text

Image may contain: 6 people, people smiling, people standing

Image may contain: 7 people, people smiling, people standing and suit

Image may contain: 7 people, people smiling, people standing and text

Image may contain: 4 people, people smiling, people standing

Image may contain: 4 people, people smiling, people standing

Image may contain: 3 people, people smiling, people standing and text

Image may contain: 4 people, people smiling, people standing

Image may contain: 4 people, people smiling, people standing and text

Image may contain: 4 people, people smiling, people standing

Image may contain: 4 people, people smiling, people standing

Image may contain: 4 people, people smiling, people standing

Image may contain: 4 people, people smiling, people standing and text

Image may contain: 5 people, people smiling, people standing and suit

Image may contain: 4 people, people smiling, people standing

Image may contain: 10 people, people smiling

Image may contain: 1 person, suit

 

Image may contain: 3 people, people sitting, table and indoor

Image may contain: 11 people, people sitting, table and indoor

Image may contain: 5 people, people sitting, table and indoor

Image may contain: 7 people, indoor

Image may contain: 2 people, people sitting and indoor

Image may contain: 35 people, people smiling, people standing and indoor

Image may contain: 14 people, people smiling, text

Tahniah kepada 50 Mahasiswa yang terpilih. Gunakan peluang ini sebaiknya untuk menimba pengetahuan dan pengalaman. Selamat menjalani Internship.

#BARAKAHAnakMuda
#InternshipMahasiswaAnakNegeri
#MuafakatKedah

Leave a comment