UMNO Bantu Rakyat – Pendekatan Secara Terus Pemimpin Bersama Akar Umbi

Program UMNO Bantu Rakyat yang digerakkan Biro Kebajikan UMNO Malaysia (BiKUM) di negeri itu hari ini merupakan satu usaha dan pendekatan secara terus kepada masyarakat dan rakyat khususnya di negeri Kedah.

“Terima kasih dan tahniah kepada BiKUM yang sangat dekat di hati rakyat termasuk di negeri Kedah, mudah-mudahkan dengan pendekatan yang dibawa BiKUM ini akan memberi kekuatan dan dapat dilihat serta dinilai rakyat bagaimana UMNO dan kerajaan sentiasa melaksanakan amanah dan tanggungjawab.

Turut hadir YB Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah, Ahli Parlimen Lenggong merangkap Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Malaysia. Y.Bhg Dato’ Abdullah Hasnan Kamaruddin, Ketua UMNO Bahagian Kuala Kedah dan Y.Bhg Puan Radin Seri Kartini Abdullah, Naib Ketua UMNO Bahagian Gelang Patah.

“Terima kasih dan tahniah kepada BiKUM yang sangat dekat di hati rakyat termasuk di negeri Kedah, mudah-mudahkan dengan pendekatan yang dibawa BiKUM ini akan memberi kekuatan dan dapat dilihat serta dinilai rakyat bagaimana UMNO dan kerajaan sentiasa melaksanakan amanah dan tanggungjawab.

Menerusi program hari ini, lebih dari 1,500 penerima bantuan di Parlimen Alor Setar, dalam bentuk sumbangan keperluan barang-barang harian, selain beg sekolah untuk pelajar-pelajar yang dikenal pasti dari mereka yang kurang berkemampuan selain kira-kira 500 kanak-kanak dari tahun satu dan tahun dua yang dipilih dari DUN Alor Mengkudu untuk menerima Buku Simpanan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Tiap-tiap pelajar menerima RM100 dalam tabung PTPTN, dengan jumlah keseluruhan RM50,000 untuk Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) ini.

 

Pendekatan yang diambil BiKUM sentiasa turun ke akar umbi untuk melihat dan menyampaikan sendiri bantuan-bantuan secara terus kepada rakyat amat dipuji dan berharap Program seperti ini diteruskan.
“Hari ini, kita juga akan berkunjung ke beberapa rumah yang kita kenal pasti ada penghuninya kurang sihat, tidak bernasib baik dan orang kelainan upaya (OKU) bersama pasukan perubatan BiKUM untuk memberikan perkhidmatan kesihatan percuma selain menyampaikan sumbangan kepada mereka yang tidak mampu datang ke majlis ini,”
YB Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah turut serta berkonvoi motosikal melawat sekitar kawasan disamping menyampaikan sumbangan kepada penduduk sekitar, turut hadir bersama pegawai perubatan yang dibawa khas oleh Skuad Biro Kebajikan UMNO Malaysia (BiKUM).

#ProgramUMNOBantuRakyat
#MuafakatKedah

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *