Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Kedah

Pagi tadi bersama rakyat dari sekitar Alor Setar menyambut Hari Sukan Negara, Peringkat Negeri Kedah di padang SMK Mergong. Aktiviti riadah dan bersukan amalan yang bagus untuk kesihatan disamping dapat mengeratkan keharmonian bersama. Selamat Hari Sukan Negara 2017.

Turut hadir besama, YAB Dato’ Aminuddin Bin Omar Exco Belia Dan Sukan Negeri Kedah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Hari Sukan Negara dan Pengarah JBSNK Haji Mohamad Salleh Bin Ramli bersama ketua – ketua jabatan yang terlibat bagi memeriahkan pelancaran majlis.

Pelbagai acara telah dianjurkan untuk menarik minat dan penyertaan semua pihak antaranya pertandingan Futsal, Fun Run, Fun Walk, Aerobathon, Bola Tampar, Bola Jaring 3 On 3, pertandingan Kolaj , Sepak Raga Tuju dan terdapat juga acara yang berlangsung pada sebelah malam iaitu Sukan Integrasi OKU dan Night Fun Ride.

Turut hadir sebahagian dari Atlet anak Kedah yang meraih pingat di Sukan Sea ke 29 dan Sukan PARA ASEAN ke 9. Kehadiran mereka dibawa khas sempena Hari Sukan Negara 2017. Sambutan Hari Sukan Negara kali ini dimulai dengan aktiviti Senamrobik Perdana dan Majlis Pelancaran ProgramHari Sukan Negara, Peringkat Negeri Kedah   diikuti pelepasan peserta Fun Run, Fun Walk serta acara-acara lain. Program berakhir dengan majlis Penyampaian hadiah dan cabutan bertuah.

#HariSukanNegara2017
#MuafakatKedah

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *