Puteri UMNO Kedah Mampu Galas Tugas Hadapi PRU14

Salam 1 malaysia & Salam Muafakat Kedah.

Hari ini saya menerima undangan ke Majlis Perjumpaan Puteri UMNO Cawangan – Cawangan Seluruh Negeri Kedah dan saya turut merasmikan Pelancaran Jentera PRU14 Puteri UMNO Negeri Kedah bertempat di Dewan Institut Kemahiran MARA (IKM) Sungai Petani.

Pergerakan Puteri UMNO negeri ini diyakini mampu melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan khususnya dalam menggerakkan jenteranya menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dengan sebaik mungkin bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya itu.

Sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, saya berharap Pergerakan Puteri UMNO negeri Kedah dapat merancakkan lagi gerakan jenteranya selain mendaftarkan 3,756 anggotanya yang berusia 21 tahun ke atas sebagai pengundi.

“Di Kedah ada 3,756 anggota Puteri berusia 21 tahun ke atas yang belum berdaftar sebagai pemilih,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Perjumpaan Puteri UMNO Cawangan seluruh negeri serta Pelancaran Jentera PRU14 Puteri UMNO Kedah di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Pergerakan Puteri UMNO Pusat, Y.Bhg Datuk Mas Ermieyati Samsuddin dan Ketua Pergerakan Puteri UMNO negeri, Datin Norhashimah Md Nowar.

Saya turut menjelaskan biarpun program Jihad 191 yang dilaksanakan di seluruh negara telah berakhir 30 Sept lepas, beliau mahu usaha itu diteruskan di negeri ini bagi menambahkan lagi keanggotaan dan jumlah daftar pemilih.

“Kita tidak tahu bila PRU akan dilaksanakan, walaupun suku ketiga daftar pemilih berakhir pada 30 September lalu, kita mahu Jihad 191 diteruskan di negeri ini pada suku keempat, iaitu sehingga akhir tahun ini.

“Gerakan ini akan diambil alih oleh 672 Pusat Daerah Mengundi (PDM) di seluruh negeri, serta sayap-sayap Wanita, Pemuda dan Puteri, masing-masing kena buat kerja bersungguh-sungguh.”

Meskipun UMNO dan BN telah melalui 13 pilihan raya umum namun suasananya sentiasa berubah setiap lima tahun sekali yang memerlukan lebih banyak persiapan dan perubahan demi memastikan parti itu terus menerajui tampuk pemerintahan negeri serta negara dengan majoriti besar.

“Apa yang penting ialah untuk menarik sokongan sekurang-kurangnya 80 peratus daripada 1.1 juta rakyat di negeri ini kepada kita, namun saya yakin rakyat Kedah bijak dan pandai menilai, demi masa depan generasi akan datang.”

Terima kasih kepada Puteri UMNO diatas hadiah Kek Hari Ulang Tahun Kelahiran saya.

#MuafakatKedah

#PuteriUMNO

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.